Connect with us

Oh! Media

Dah Mampu Tanggung Keluarga, Individu Ini Tulis Surat Minta Nama Ditarik Dari Menerima Zakat

Trending

Dah Mampu Tanggung Keluarga, Individu Ini Tulis Surat Minta Nama Ditarik Dari Menerima Zakat

Bersikap jujur dan amanah, seorang lelaki menulis surat kepada lembaga zakat memohon menghentikan bayaran zakat ke atas dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pihak Baitulmal Dan Zakat Telah Bantu Mereka Sejak Lama Dahulu Sebelum Diviralkan”

Dalam surat bertarikh 25 Februari itu, dia berkata pendapatan harian yang diperolehinya kini sudah mampu digunakan untuk menanggung keluarga.

Sikap berdikari bekas asnaf ini ternyata telah mendapat perhatian bahagian Operasi Agihan Asnaf Daerah Petaling. Jelasnya, lelaki ini dahulunya terpaksa memohon zakat di atas faktor kesihatan.

Sebelum ini, dia bekerja sebagai pembaiki barangan elektrik dengan pendapatan RM1300 dan perlu menanggung tiga anak serta seorang isteri yang tak bekerja.

Tambah pusat zakat lagi, perwatakan lelaki ini jelas menunjukkan dia seorang yang sangat merendah diri dan jujur. Mereka terkejut apabila penerima sendiri memaklumkan mahu keluar daripada menerima zakat kerana pendapatan sudah stabil dan ada yang lebih layak.

Kredit: Operasi Agihan Asnaf Daerah Petaling

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas