Connect with us

Oh! Media

Netizen Tegur Wanita Berpurdah Galak Berzumba, Ada Yang Sokong Asalkan Tutup Aurat

zumba

Oh! Tidak

Netizen Tegur Wanita Berpurdah Galak Berzumba, Ada Yang Sokong Asalkan Tutup Aurat

Kecoh di media sosial sekarang ini video menunjukkan seorang wanita berpurdah menjadi instructor zumba. Ala senaman aerobik sambil menari-nari tu…

ADVERTISEMENT

BACA: Macam Jadi Trend Pula Wanita Berniqab Buat ‘Live’ Dengan Suara Manja Dan Menggoda, Siapa Tegur Kena ‘Block’

Menerusi video tular, kelihatan wanita itu menggerakkan badan mengikut muzik sambil memakai niqab dan baju longgar.

@ukhtie_nur sedarlah wahai pemakaian sayyidatina fatimah az zahra #wanitaakhirzaman #ibundasyyidatinafatimah #fyp #fypage ♬ Kau Curangi Aku – Nirwana

Ada yang mengkritik tindakan ini yang dianggap mencemar, memperlekeh serta menjatuhkan kemuliaan pakaian Sayyidatina Fatimah Az Zahra.

zumba

Lagi pun, seorang wanita Islam memang diharamkan daripada meliuk lentok di hadapan ajnabi kan? Tetapi ada juga yang bersikap terbuka memuji instructor zumba berkenaan menutup aurat dengan sempurna ketika bersenam.

Aik macam tu pun ada? Di ruangan komen, netizen bersetuju tindakan wanita ini telah mengundang pandangan serong masyarakat kepada wanita berpurdah. Nampaknya kena kaji semula apa tujuan memakai niqab kan?

Kredit: TikTok @ukhtie_nur

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas