Connect with us

Oh! Media

“Faham Seni Dalam Bersedekah”, Pemuda Terkejut Tengok Lipatan Duit RM1 Untuk Tabung Surau

sedekah

Oh! Inspirasi

“Faham Seni Dalam Bersedekah”, Pemuda Terkejut Tengok Lipatan Duit RM1 Untuk Tabung Surau

Berbuat baik tidak perlu ditunjuk-tunjuk, cukup sekadar dilakukan dengan seikhlas hati.

ADVERTISEMENT

Ciri-ciri sesseorang itu benar-benar ikhlas membuat kebaikan adalah apabila dia tidak menunjuk-nunjuk selepas bersedekah.

Baru-baru ini, di Facebook ada seorang lelaki terkejut melihat teknik yang digunakan seorang jemaah surau untuk menyembunyikan amalan sedekah yang dilakukannya.

Difahamkan, lelaki itu sedang mengira duit tabung surau dan tiba-tiba matanya tertumpu kepada sekeping duit RM1 yang berlipat.

bersedekah

Waktu tu tengah kira duit surau, tiba-tiba terjumpa duit seringgit ni berlipat, macam pelik pula tengok. Saya pun cuba buka lipatan duit RM1 tu, terkejut saya apabila lihat apa yang ada di dalam.

Ada RM50 rupanya, duit seringgit tu dilipat untuk membalut duit RM50 di dalam. Saya rasa orang yang bagi ni dia faham ‘seni’ dalam bersedekah.

Moga tuan atau puan yang bersedekah untuk surau kami ni sentiasa dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. Ya Allah jauhkanlah kami sifat riyak, permudahkanlan urusan rezeki kami di dunia dan di akhirat kelak.

Sebagai makluman, sebelum ni selalu nampak orang post pasal lipat duit ni, sekali saya betul-betul dapat jumpa depan mata. Semoga jadi inspirasi untuk kita semua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen amat kagum dengan caranya dan mampu untuk mendalami erti sedekah yang sebenar.

Bagus jemaah tu, pandai menjaga hati dari riyak. Benar-benar menghayati cara bersedekah, amal jariah bukan untuk dipamerkan kepada umum, ibarat kita memberi dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu.

bersedekah

Saya sebagai pengira tabung masjid pun ada kisah, pernah terjumpa sampul duit ditulis ‘selamat hari raya’, bila buka sampul tu ada sejumlah duit RM50 yang bernilai RM1,000.

Anak saya pernah dapat macam ni, waktu tu dia balik dari solat Jumaat, tiba-tiba ada seorang pakcik bagi dekat dia duit seringgit. Lepas selesai solat, bila tengok betul, rupanya ada RM50, semoga dimewahkan rezeki pakcik tu.

Tiga hari berturut-turut dapat sampul yang sama, minggu depan pun sama ada lagi. Mungkin orang tu nak bayar niat, semoga murah rezeki dia.

BACA: “Pelawak Ni Elektrik Di Masjid, Surau Kampung Dia Yang Bayar” – Ustaz Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Pemurah Dan Rajin Bersedekah

Terdahulu, tular satu video di media sosial mengenai pendedahan Ustaz Kazim Elias yang mendakwa seorang pelawak terkenal sebenarnya memiliki sikap yang pemurah iaitu suka bersedekah dan menderma.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Netizen pun kalau tak suka ke marah ke boleh je cakap elok-elok #kaklinapompom#gegarvaganzaallstar#ohartis#ohmedia#as

♬ Suspense – Gold-Tiger

  • sedekah
  • sedekah

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas