Connect with us

Oh! Media

“Lama Tidur, Nak Bangun Pun Tak Larat” – Tun Mahathir Beri Tips Aktif Di Usia Tua

tun mahathir

Oh! Inspirasi

“Lama Tidur, Nak Bangun Pun Tak Larat” – Tun Mahathir Beri Tips Aktif Di Usia Tua

Meski pun sudah berusia 96 tahun, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat masih sihat dan bertenaga.

ADVERTISEMENT

BACA: Tun Mahathir Perli Ahli Parlimen di Dewan Rakyat?

Dalam satu perkongsian di TikTok, beliau mendedahkan rahsia utama untuk sihat adalah mengekalkan gaya hidup aktif.

Beliau tidak gemar menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Walaupun berasa mengantuk, beliau akan berusaha untuk tidak tidur. Jelasnya, tidur yang lama akan menyebabkan tubuh badannya lemah.

@chedetofficial

Perlu aktif bila bertambah usia

♬ original sound – chedetofficial

Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!

Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada exercise.

Tambahnya, tidur yang banyak juga akan mengurangkan kebolehan otak untuk berfikir. Disebabkan itulah, walaupun beliau sudah berumur, beliau masih aktif tubuh badan dan akal fikiran.

Beliau turut gemar bercakap, berbahas, menulis dan membaca untuk mengaktifkan otak.

Kredit: TikTok @chedetofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas