Connect with us

Oh! Media

“Anxiety Tak Dibenarkan Di Sini” – Upload Video Kaki Goyang, Netizen Tanya Waris Perli Siapa?

waris anxiety

Oh! Artis

“Anxiety Tak Dibenarkan Di Sini” – Upload Video Kaki Goyang, Netizen Tanya Waris Perli Siapa?

Penyanyi rap, Muzzammil bin Alias atau lebih dikenali sebagai W.A.R.I.S mengundang kontroversi apabila memuat naik video berada di satu majlis dengan keadaan kakinya bergoyang-goyang saat duduk.

ADVERTISEMENT

Lebih menimbulkan persoalan apabila di ruangan kapsyen video itu, Waris menulis ‘anxiety tidak dibenarkan di sini’ diikuti emoji ketawa.

Di ruangan komen, netizen bertanya sama ada penyanyi lagu Rembau Most Wanted itu memerli seseorang.

Netizen memetik nama Maya Karin yang baru diserang panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM) Jumaat lalu.

@warisn9

Anxiety tidak dibenarkan di sini 🤣

♬ original sound – W.A.R.I.S

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta penjelasan daripada penyanyi rap ini. Mereka tertanya-tanya motif video itu dimuat naik dengan kapsyen yang mengundang kontroversi.

Bagaimanapun, ada juga netizen mempertahankan Waris menyatakan penyanyi ini menujukan kapsyen buat dirinya sendiri yang dikatakan turut mempunyai masalah anxiety. Betul ke?

Kredit: TikTok warisn9

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas