Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Pemandu Bas Bercium Fitnah, Saksi Tampil Cerita Situasi Sebenar

bas

Oh! Tidak

Dakwaan Pemandu Bas Bercium Fitnah, Saksi Tampil Cerita Situasi Sebenar

Kecoh di media sosial sejak semalam rakaman video pendek memaparkan aksi pemandu bas dan kelindan yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh.

ADVERTISEMENT

Video yang dirakam penumpang dari arah belakang itu menampakkan seolah-olah mereka sedang bercium malah bas juga didakwa tiba lewat beberapa jam daripada waktu sepatutnya.

BACA: Aksi Lelaki Selamba Cium Pemandu Bas Wanita Berkali-Kali Depan Penumpang Undang Perhatian

Terbaru, muncul pula seorang saksi kejadian menafikan dakwaan tular tersebut. Dia yang mengaku sebagai penumpang hadapan berkata kelindan hanya membetulkan radio box yang terletak di belakang kerusi pemandu.

Mengenai bas tiba lewat pula, pemandu sebenarnya sudah menjelaskan bahawa jalan sesak teruk dari Ayer Keroh ke Larkin. Mereka sendiri menyaksikan kereta di seberang jalan tak bergerak semasa dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Saksi yang merupakan pasangan suami isteri ini berkata apa yang diviralkan adalah fitnah semata-mata.

Difahamkan, individu yang memuat naik video tersebut dipercayai telah pun ‘hilang’ dan memadam video viral.

Kredit: X anisjey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas