Connect with us

Oh! Media

Dituduh Dapat ‘Layanan Istimewa’, Penyokong Indonesia Serang Instagram Safawi Rasid

Trending

Dituduh Dapat ‘Layanan Istimewa’, Penyokong Indonesia Serang Instagram Safawi Rasid

Baru-baru ini, penyokong negara Indonesia telah menzahirkan rasa kesalnya apabila pemain pertahanan mereka, Elkan Baggott dikenakan perintah kuarantin oleh kerajaan Singapura.

ADVERTISEMENT

BACA: AFF Suzuki 2020: Penalti Kemboja Cetus Kontroversi, De Paula ‘Koyak’ Digantikan

Hal itu selepas pemain Ipwich Town itu dipercayai telah menaiki pesawat bersama seorang penumpang yang telah dijangkiti varian baharu iaitu Omicron ketika berlepas ke Singapura dari London.

Pemain berusia 19 tahun itu diperintah mengasingkan diri selama lima hari di sebuah kemudahan khas sehingga Sabtu dan tidak dapat beraksi menentang Vietnam dalam peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki.

Tak perlu kuarantin, penyokong Indonesia serang laman Instagram Safawi Rasid

Selepas kesal dengan tindakan Singapura menyuruh pemain utama mereka dikuarantin, mereka sekali lagi menzahirkan rasa tidak puas hati kepada seorang pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Hal itu selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu langsung tidak disuruh untuk melaksanakan perintah kuarantin selepas dipercayai duduk sebilik dengan Akhyar Rashid yang dijangkiti virus pandemik.

Tindakan pihak berkuasa Singapura itu sekaligus menaikkan darah penyokong Indonesia sehingga dikatakan menuduh skuad Harimau Malaya mendapat ‘layanan Istimewa’ daripada tuan rumah.

Contoh yang diberikan oleh media Indonesia itu menyebabkan segelintir penyokong skuad Garuda itu bertindak menyerang laman Instagram milik Safawi bagi melepaskan amarah mereka.

Rata-rata daripada mereka turut mahu pemain berusia 24 tahun itu diberikan tempoh kuarantin selepas menjadi pemain kontak rapat dengan Akhyar Rashid.

Malah, media Indonesia juga turut mengatakan keputusan ujian calitan Elkan Baggott dipercayai negatif selepas tiga kali dilakukan sehingga sekali lagi menambah minyak dalam api kemarahan mereka.

Bagaimanapun, tempoh pengasingan pemain kacukan itu buatkan dia terlepas menentang Vietnam dan mungkin dapat beraksi berdepan Malaysia Ahad ini.

Misi wajib menang, Tan Cheng Hoe gesa pemain jangan layan sebarang provokasi

Dalam pada itu, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menggesa anak-anak buahnya agar bersedia menghadapi ‘musuh tradisi’, Indonesia terutama sekali dari segi mental.

Menurutnya, beliau berharap agar para pemainnya tidak melayan sebarang provokasi media Indonesia kerana ia mampu menjejaskan fokus mereka dalam misi wajib menang Ahad ini.

Kami sudah me­la­kukan post-mortem pada aksi Vietnam lepas dan barisan pemain tahu di mana kesilapan mereka untuk diperbaiki sebelum mengharungi aksi bertemu Indonesia nanti.

Justeru, suka untuk saya ingatkan kepada pemain agar kekal tenang dan tidak terpengaruh ke­rana situasi di luar padang ini di luar bidang kuasa kita dan memberikan fokus penuh pada sesi latihan.

Mengulas tentang perkembangan terkini, Cheng Hoe juga turut mengesahkan tiga pemain mereka yang disahkan positif sebelum ini sudah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan semalam.

Kredit: Instagram Safawi Rasid I Harian Metro I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas