Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial mengenai kenyataan yang dikeluarkan Ustazah Afifah mendakwa mereka yang memakan ubat tahan sakit akan dimasukkan ke dalam neraka.
Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet yang sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan ustazah berkenaan.
Amin Idris tampil bidas kenyataan ustazah
Terbaru, penceramah bebas, Amin Idris tampil memuat naik satu video membidas kenyataan Ustazah Afifah berkaitan dengan bahayanya penggunaan ubat tahan sakit.
Menerusi video tersebut, Amin meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap ustazah tersebut yang gemar melakukan ‘kerja’ Tuhan dengan sewenang-wenangnya menggolongkan seseorang itu masuk syurga mahupun neraka.
Ish bahaya dia ni. Kalau lah berleluasa orang-orang yang so called ustazah ni, teruk masyarakat kita.
Maka bertebaranlah orang-orang yang suka menerakakan orang sedangkan kerja neraka syurga ni, bukanlah urusan kita tetapi urusan Allah.
Amin menjelaskan bahawa Ustazah Afifah tidak menggunakan dalil yang jelas untuk menyokong kenyataan yang dibuatnya itu.
Salah ke makan ubat?
Dalam pada itu, Amin juga menjelaskan hal yang sebenar mengenai penggunaan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian.
Secara umumnya, ubat ni tak ada masalah selagi mana kita ikut nasihat doktor, ikut dos yang disediakan. Jika kita tak ikut nasihat doktor, guna dos yang melampau, yang itu yang jadi haram.
Dan jika kita tak tahu tentang ubat, kita diajar dalam Islam untuk bertanya pada mereka yang pakar, mereka yang tahu kalau kita tak mengetahuinya.
Bab ubat, tanya pakar perubatan dan jangan tanya so called ustazah tu.
Tambah Amin lagi, Nabi juga membenarkan untuk kita semua menggunakan ubat untuk merawat penyakit.
Terdapat hadis-hadis Nabi SAW, nabi membenarkan kita makan ubat bukan hanya telan habbatus sauda.
Di akhir videonya, Amin meminta agar Ustazah Afifah untuk menyenaraikan dalil-dalil Quran serta dalil daripada hadis yang sahih untuk mengesahkan dakwaannya terhadap haramnya menggunakan ubat tahan sakit.