Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Selepas Tiga Anak Tirinya Dimurtadkan Di Gereja

Murtad

Oh! Tidak

Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Selepas Tiga Anak Tirinya Dimurtadkan Di Gereja

Baru-baru ini, seorang lelaki Muslim membuat laporan pada pihak polis mendakwa bahawa tiga anak tirinya telah dimurtadkan.

ADVERTISEMENT

Muhammad Addinullah Mohd Hazmi, 34, berkata isterinya menerima satu dokumen daripada bekas suami pada 20 Julai lalu, yang memaklumkan beliau mengkristiankan anak-anaknya berusia antara 8 hingga 11 tahun.

Lelaki

Difahamkan, dia dan isteri sangat terkejut selepas dimaklumkan kanak-kanak terbabit dibaptiskan memandangkan mereka masih di bawah umur.

Menurut Addinullah, dia segera membuat aduan pada polis agar pihak berkuasa membuat siasatan ke atas bekas suami dan gereja berkenaan atas tindakan memurtadkan kanak-kanak tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan isterinya.

Bukan itu sahaja, bekas suaminya itu turut berkahwin sebelum memurtadkan kanak-kanak berkenaan di sebuah gereja terkemuka di Malaysia.

Dalam pada itu, pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong mendedahkan pihaknya mempunyai dokumen rasmi pengakuan mereka memeluk Kristian.

Saya nak lihat apa respon Council of Churches Malaysia(CCM), MCCBCHST (Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia) dan para liberal yang selama ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.

Saya ingin tahu apakah yang mereka perjuangkan itu hanyalah difokuskan pada pemelukan agama Islam secara ‘unilateral’ atau mereka tidak hipokrit dan juga menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’ tanpa mengira agama apa pun.

Pendedahan mengenai kenyataan itu dibuat di laman TikTok Firdaus Wong, dia tidak akan terkejut dengan penafian dan sandiwara kelompok terbabit berhubung isu itu.

Malah, selepas membuat pendedahan berkenaan didapati sebuah gereja mahu berunding dengannya dan berkemungkinan ingin menyaman pihak mereka.

Lelaki

Saya dan MRM tidak pernah mendedahkan apa-apa tanpa bukti tulen.

Firdaus Wong berkata laporan polis telah dibuat atas insiden itu dan pihak Bahagian Undang-Undang MRM akan memfailkan saman sivil di mahkamah.

BACA: Solat Jemaah Dengan Kipas, Pelaku Dikira Murtad Dan Wajib Taubat Jika Niat Persenda Ibadat

Terdahulu, tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menjadi ‘imam’ kepada makmumnya iaitu kipas yang dipakaikan telekung solat.

Kredit: TikTok Firdaus Wong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • Murtad
  • Murtad

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas