Connect with us

Oh! Media

Fasha Sandha Ingin Cahaya Mata Lelaki, Rancang Jalani IVF Tahun Depan

Fasha Sandha

Oh! Artis

Fasha Sandha Ingin Cahaya Mata Lelaki, Rancang Jalani IVF Tahun Depan

Pelakon jelita, Fasha Sandha memaklumkan bahawa dia berhasrat ingin menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan kerana ingin menambah cahaya mata lelaki.

ADVERTISEMENT

Fasha dan suaminya Aidil Aziz, mengambil keputusan untuk menambah seorang lagi anak lelaki memandangkan sudah mempunyai anak perempuan, Aisha Amaira.

Fasha Sandha

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, dia dan suami belum sempat berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat disebabkan jadual yang padat dengan penggambaran.

Kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan kalau ada rezeki, insya-Allah.

Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat.

Bukan itu sahaja, Aidil juga berkata isterinya perlu mengurangkan kerja terutamanya penggambaran jika ingin melakukan rawatan IVF itu.

Betullah, kalau misal kata nak ‘plan’ (rancang) buat IVF itu, dia (Fasha) kena kurangkanlah kerja terutama, ‘shooting’ (penggambaran). Semua sedia maklum ‘shooting’ memang setiap hari dan makan pun kena jaga.

Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktiviti.

BACA: “Suka Tengok Yang Dulu Comel Dan Gebu”, Fasha Sandha Kongsi Gambar Perbezaan Badan Dahulu Dan Sekarang

Sebelum ini, aktres Fasha Sandha, pernah berkongsi gambar perubahan badannya yang dahulu berisi dan kini kelihatan ramping.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Katanya polis menerima laporan mengenai kejadian itu dari seorang pengawal keselamatan yang berusia 55 tahun #polis #sriandalas #lrt #sembangentertainment #ohmedia #as

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Fasha Sandha
  • Fasha Sandha

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas