Terkini, Aliff ataupun lebih dikenali sebagai Opai telah memuat naik satu video di TikTok meminta masyarakat agar tidak membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain.
Berbeza rezeki
Suami kepada Fatin Afeefa itu menasihatkan netizen agar tidak tertekan dengan kejayaan orang lain kerana rezeki bagi setiap manusia adalah berbeza.
Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari kau bandingkan diri kau dengan kehidupan orang lain. Kau stress tengok orang lain senang pahal? Enjoy je perjalanan korang. Jangan pernah mengeluh dan penat dengan rezeki yang ada.
Selain itu, Opai juga berkongsi mengenai pengalaman kehidupannya yang sebelum ini susah namun masih bersyukur dengan rezeki Tuhan yang diberikan.
Dulu aku tak pernah rasa terbeban dengan kehidupan susah. Aku bersyukur gila hidup susah dulu. Sebab masa waktu susah gila, aku yakin dan percaya pada rezeki, takdir, masa hadapan dan tiada duka lara. Kalau kau asyik komen kat video orang kaya hidup saya sempit tolong saya, sampai mampus pun hidup kau sempit, sebab kau tak percaya diri.