Connect with us

Oh! Media

DDNK Selalu Ke Masjid Sejak Kahwin Isteri Muda, Tak Setuju Istilah ‘Sondol Menyondol’

Trending

DDNK Selalu Ke Masjid Sejak Kahwin Isteri Muda, Tak Setuju Istilah ‘Sondol Menyondol’

Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan tak bersetuju dengan gelaran penyondol yang diberikan kepada isteri kedua, ketiga dan keempat.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, beliau yang lebih mesra disapa DDNK berkata, soal jodoh semuanya sudah ditetapkan Allah SWT.

DDNK tak setuju istilah penyondol

ddnk

Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini.

Beliau berpendapat perkahwinan tak berlaku dengan hanya bertepuk sebelah tangan. Jelasnya, bila berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang seseorang tiada daya untuk menahan di mana seseorang tidak boleh menipu perasaan.

Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkahwinannya, DDNK berkata lagi, beliau banyak belajar daripada pengalaman lalu.

Kerap ke masjid, kuliah agama

ddnk dan isteri

Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap.

Beliau menjadikan perkahwinan kali ini sebagai refleksi dan peluang kedua dalam hidupnya. Meskipun isterinya Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari muda, isterinya banyak membantu dalam mencapai matlamat hidupnya iaitu untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Bagaimanapun katanya, isteri pertama dan kedua masing-masing ada kelebihan. Yang penting sekali isteri perlulah menyokong matlamat suami.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas