Connect with us

Oh! Media

Samsung Galaxy Tab A8, Lebih Kuasa Dengan Prestasi & Skrin Lebar

Oh! Tech

Samsung Galaxy Tab A8, Lebih Kuasa Dengan Prestasi & Skrin Lebar

Boleh dikatakan tab merupakan satu keperluan penting masa kini. Sama ada untuk pembelajaran atau bekerja dari mana sahaja. Ia merupakan teknologi yang memudahkan kerana ringan dan sangat praktikal untuk dibawa sepanjang masa.

ADVERTISEMENT

Jadi kali ni, kami nak kongsikan tentang Galaxy Tablet A8, peranti paling berkuasa dan diperkemaskan dalam siri Tab A. Galaxy Tab A8 didatangkan dengan saiz skrin yang lebar, lebih kuasa serta prestasi dari segi reka bentuknya yang tipis dan ringan.

Harga mampu milik dengan prestasi dipertingkat!

Bentuk Galaxy Tab A8 yang ringan ini hadir dengan skrin 10.5-inci serta bezel 10.2mm yang sangat tipis. Hasilnya 80.1 peratus nisbah skrin kepada tablet memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan berbanding model tablet terdahulu.

Sama ada korang nak gunakan Tab A8 ni untuk menstrim rancangan kegemaran, bermain games atas talian dengan rakan atau berhubung dengan keluarga melalui panggilan video. Ia berikan kepuasan melalui pembesar suara quad Galaxy Tab A8 dengan Dolby Atmos®, memberikan audio yang kaya dengan perincian, kedalaman dan realisme.

Di sebalik paparannya yang mengagumkan, Galaxy Tab A8 menggunakan Operating System (OS) Android 11 yang didatangkan dengan CPU dan GPU Galaxy Tab A8 yang ditingkatkan sebanyak 10% untuk memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan.

Ia dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB storan dan ciri kad MicroSD yang boleh ditambah untuk membolehkan pengguna memiliki sehingga 1TB ruang. Bateri 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W pastinya memudahkan pengguna menstrim pelbagai kandungan media selama berjam-jam tanpa risau kehilangan kuasa.

Pembelajaran jadi lebih mudah dengan Galaxy Tab A8

Sejujurnya bagi kami, tablet A8 ni memfokuskan kepada golongan pelajar kerana ciri dan perisiannya yang ringkas.

Kalau korang ada anak yang sedang belajar atau korang sendiri seorang pelajar, pelaburan untuk Galaxy Tab A8 agak berbaloi memandangkan situasi pandemik negara yang masih belum stabil dan menjadikan pembelajaran atas talian sebagai alternatif utama.

Menarik mengenai tablet ini, korang boleh membahagikan skrin kepada dua aplikasi berbeza secara bersebelahan dan tambah pop-up Windows dengan Multi-Active Window pada satu-satu masa.

Kalau korang dalam kuliah, sambil nak semak nota lecturer dan nak catit nota serentak. Korang boleh buat split screen. Jika melayari internet pula, korang hanya perlu seret pautan dari tetingkap semasa korang ke tepi skrin untuk membuat pisahkan skrin. Ciri Drag & Split secara automatik akan buka Window kedua untuk pengalaman melayari web yang lebih dinamik.

Bagi kamera ia mengambil ciri yang paling asas dengan kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP serta mempunyai ciri Screen Recorder serba baharu bagi memastikan korang tidak terlepas sebarang info penting. Lebih menarik dengan ekosistem Samsung, kalau korang nak pindahkan maklumat daripada Tab A8 ke telefon pintar Galaxy, hanya perlu Copy & Paste saja!

Tersedia dalam warna hitam, kelabu dan rose gold, Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) kini boleh didapati dengan harga RM999. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, korang boleh menikmati hadiah percuma dengan setiap pembelian iaitu satu Clear Edge Cover bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/ 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/ 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas