Connect with us

Oh! Media

“Kami Laki Bini Tersepit Kau Ugut” – Rossa Sera Nafi Rujuk Dengan Shuk, Masih Diganggu Orang Ketiga?

Oh! Artis

“Kami Laki Bini Tersepit Kau Ugut” – Rossa Sera Nafi Rujuk Dengan Shuk, Masih Diganggu Orang Ketiga?

Kontroversi rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera nampaknya sudah menemui jalan penyelesaian apabila wanita itu mengesahkan dia dan suami sudah berpisah.

ADVERTISEMENT

Perkhabaran duka itu dimaklumkan Sera menerusi beberapa hantaran di Instagram Story. Dedah ibu kepada dua orang anak ini, orang ketiga yang menjadi punca penceraian dia dan suami dikatakan masih tak berpuas hati.

Jelasnya lagi, dia terpaksa bersuara kerana anak-anaknya turut terpalit sama dengan isu yang tak berkesudahan tersebut.

Difahamkan, Shuk ada memujuk Sera untuk berbaik tetapi pintu hatinya sudah tertutup rapat. Hubungan mereka berdua kini hanyalah sekadar sahabat.

Shuk dah cuba jadi yang terbaik. Alhamdulilah Sera dan Shuk memang sangat baik sebelum kami ke umrah pun. Dah janji doa yang baik-baik di sana untuk masa depan masing-masing dan anak-anak. Yang menjadi masalah ni apa masalah betina tu eh nak cakap anak-anak aku macam tu.

Dakwa Sera, dia menjadi saksi macam mana bekas suaminya terseksa disebabkan perbuatan orang ketiga tersebut. Dia juga sanggup mengalah demi kesihatan mental masing-masing.

Pencerahan yang diberikan Rossa Sera ini sekaligus menafikan spekulasi dia dan suami rujuk gara-gara mengerjakan umrah bersama-sama. Perpisahan yang terjadi mengajar mereka menjadi insan yang lebih baik demi anak-anak. Jiwanya juga lebih tenang dibandingkan dulu yang hidup seperti dalam ‘neraka’.

Sera juga memberi bayangan selama ini mereka berdua telah diugut menyebabkan dia terpaksa mendiamkan diri. Apa-apa pun semoga Shuk dan Sera baik-baik saja.

Kredit: Instagram Rossa Sera

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas