Connect with us

Oh! Media

Luah Modal Bantu Mangsa Banjir Pakai Duit Sendiri, Netizen Tuduh Abang Viva Mula Mengungkit

Trending

Luah Modal Bantu Mangsa Banjir Pakai Duit Sendiri, Netizen Tuduh Abang Viva Mula Mengungkit

Siapa tak kenal dengan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar yang menjadi hero menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam pada Disember tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Beliau menjadi inspirasi kerana sanggup turun dari Melaka menaiki Perodua Viva dengan sebuah bot di atasnya.

Pada musim banjir tahun ini, netizen mula ‘menyeru’ Abang Viva memohonnya untuk turun ke lokasi dilanda banjir seperti yang biasa dilakukannya sebelum ini.

Di TikTok, seorang pengguna berkongsi semula rakaman memaparkan Abang Viva meluahkan isi hati apabila namanya dipetik netizen sedangkan dia baru je balik daripada misi banjir beberapa hari lalu.

Tak dapat elaun, guna duit sendiri

@chaiyoe9 Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral ♬ bunyi asal – Chai

Abang Viva terpaksa memberi penjelasan supaya orang ramai faham situasi sebenar yang dihadapinya. Kata Abang Viva, dia tak dapat sebarang elaun daripada kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Kalau dia dapat elaun khas daripada kerajaan setiap bulan, dia pasti akan sampai ke setiap lokasi banjir yang ada.

Masalahnya modal kitorang pakai sendiri, hari tu pergi Terengganu Kelantan apa semua pun, saya habiskan sorang hampir RM1,000 tau. Untuk minyak dengan tol je, makan lain. Korang rasa?

Kalau saya ada elaun takpe, masalah kena fikir juga saya dah kahwin ada anak bini. Nak kena bagi makan. Saya ni sukarelawan bukannya kerja tetap saya. So orang tak boleh pertikai saya turun ke tidak.

Beliau yang baru je berkahwin pada Oktober lalu berkata kini dia sudah berkahwin dan perlu mencari rezeki untuk keluarga.

Orang ramai tak boleh pertikaikan kenapa dia tak turun bantu mangsa banjir kerana dia hanyalah sukarelawan bukannya bekerja tetap.

Melihat keadaan semakin panas, isterinya Evanoza Zakaria menjelaskan suaminya langsung tak ungkit tetapi hanya mahu orang ramai faham situasi dilaluinya.

Kredit: TikTok @chaiyoe9

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas