Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Dia Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami” – Ernie Zakri Dedah Rupanya Diganggu Individu Misteri Sejak Tunang Lagi

Ernie Zakri

Oh! Artis

“Mungkin Dia Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami” – Ernie Zakri Dedah Rupanya Diganggu Individu Misteri Sejak Tunang Lagi

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pemuzik, Anwar Amzah menunjukkan satu mesej dari seorang individu yang menuduhnya meminati Ernie Zakri. Berat dakwaan ni!

ADVERTISEMENT

BACA: Pemuzik Ini Dituduh Suka Pada Ernie Zakri?

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Ernie Zakri sendiri tampil mengulas mengenai perkara itu.

Saya rasa orang (individu) itu sakit. Kenapa kita nak layan orang yang kurang berakal?

Penyanyi terkenal itu juga berkata bahawa dakwaan itu mengarut dan individu tersebut sebenarnya sudah mengganggunya di media sosial sejak dulu lagi.

Ernie juga beranggapan yang individu berkenaan ada masalah mental sebab kerap busy body mengenai kehidupan serta keluarganya.

Saya berasa kami diganggu orang yang sama kerana Anwar (pemuzik) turut mendapat mesej yang sama seperti saya dan suami (Syamel).

Ketika Anwar beritahu mengenai perkara itu, kami tergelak kerana sudah kerap dapat mesej sebegitu.

Individu ini seperti banyak masa nak menggali kehidupan masa kini dan lampau saya.

Saya tak tahu sama ada individu ini obses pada saya atau Syamel? Mungkin dia tidak boleh terima perkahwinan kami. 

Saya pun tak sangka wujud orang seperti itu. Kami diganggu individu ini sejak bertunang lagi. Saya doakan yang baik-baik buatnya.

Isteri kepada Syamel itu juga sebenarnya tidak mahu beri perhatian terhadap dakwaan berat individu itu.

Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang diganggu peminat ini (individu) sejak beberapa tahun lalu.

Saya tak rasa dia layak mendapatkan komen daripada saya kerana saya tidak mahu tahu kewudujannya.

Apa yang penting, saya dan keluarga tahu mengenai kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan (rumah tangga) saya dan Syamel.

Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan kami dan berkongsi di media sosial.

Tak semua orang suka tengok kita berdua dan berkongsi video ‘sweet’. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu.

Semoga Ernie dan Syamel hidup bahagia hingga ke akhirnya. Siapalah punya kerja tu kan! 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas