Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain Juga Sedia Disiasat

ketua polis negara

Oh! Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain Juga Sedia Disiasat

Kalau korang perasan, sekarang ni macam makin kerap pula viral isu salah laku melibatkan anggota polis. Tidak kira dari anggota bawahan sehinggalah ke pegawai, ada sahaja isu yang boleh merosakkan nama baik PDRM.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelancong ‘UK Van Lifers’ Kongsi Rakaman Polis Minta RM100 Untuk Elak Saman RM300

Sedar tentang perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengalu-alukan masyarakat untuk terus melaporkan salah laku pegawai polis.

Jika KPN lakukan kesilapan, laporkanlah…

Masyarakat juga ada hak dari segi undang-undang, dari segi perlembagaan sekiranya mana-mana pegawai polis termasuk diri saya, sekiranya saya melanggar undang-udang dan tidak mengikut peraturan.

Laporkan supaya kita boleh siasat dan siasatan kita akan adil. Kita tidak akan ada tuduhan-tuduhan kononnya siasatan ke atas pegawai anggota polis ini, kita nak selindungkan atau hilangkan keterangan, tidak.

Bagi memastikan anggota polis tidak lagi melakukan perkara memalukan di masa hadapan, Tan Sri Razarudin memaklumkan langkag memperketatkan syarat pemilihan anggota PDRM akan dibincangkan.

PDRM melihat Amerika sebagai contoh apabila anggota FBI diserap selepas 3 tahun merekrut calon. Apapun, itu hanya contoh dan syarat-syarat ini akan diteliti lebih terperinci mengikut kesesuaian di Malaysia.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas