Connect with us

Oh! Media

“Otak Dia Tak Betul” – Mak Wan Nafi Lakukan Perbuatan Syirik  

Mak Wan

Oh! Artis

“Otak Dia Tak Betul” – Mak Wan Nafi Lakukan Perbuatan Syirik  

Nama pelakon veteran, Mak Wan Latah kembali hangat selepas tular satu video di Tiktok menunjukkan dirinya seakan melakukan perbuatan syirik. Korang rasa betul ke?

ADVERTISEMENT

BACA : “Syafakallah Buat Diriku Amin, Kita Ni Pendosa Cukup-Cukuplah” – Mak Wan

Menurut laporan Harian Metro, Mak Wan menafikan tindakannya yang didakwa melakukan perkara sebegitu ketika dihubungi pihak portal itu.

Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh.

Kalau korang lihat video tu, individu yang memuatnaiknya mendakwa bahawa dirinya adalah bekas pengurus peribadi kepada pelakon itu. 

Apabila ditanya sama ada kenal ataupun tidak individu berkenaan, Mak Wan memilih untuk tidak membuka aib dan menyentuh mengenai kesihatan mental individu itu. Haa, kesihatan mental pula?

Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?

Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik.

Walaubagaimanapun, Mak Wan telah membuat laporan polis untuk melindungi diri dari perkara yang tidak diingini.

Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi.

Taktahu mana satu yang betul. Apapun, kebenaran pasti akan terbongkar. Apa pandangan korang? 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas