Connect with us

Oh! Media

Kim Pan Gon Nafi Kekalahan Berpunca Dari Anak Buah Tapi Berpunca Dari Jurulatih Sendiri

kim pan gon

Oh! Arena

Kim Pan Gon Nafi Kekalahan Berpunca Dari Anak Buah Tapi Berpunca Dari Jurulatih Sendiri

Gol saat akhir pasukan Bahrain malam tadi sememangnya membuatkan kita terdiam dan perlu menerima hakikat bahawa pasukan Harimau Malaya sudah pun tersingkir dalam peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Ohmedia tertarik dengan kenyataan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang tidak menyalahkan sesiapa tetapi menganggap kekalahan ini berpunca daripada dirinya sendiri.

Salah saya letak harapan terlalu tinggi…

Pan Gon berkata begitu ketika sidang media selepas pasukan kita kalah 0-1 kepada Bahrain di Stadium Jassim bin Hamad.

Tiada apa yang salah, inilah (tahap) di mana kami berada. Mungkin jurulatih salah, saya memiliki harapan yang sangat tinggi. Saya berikan impian terlalu tinggi. Mungkin saya beri harapan terlampau tinggi kepada orang ramai dan pemain, mungkin silap saya.

Sebagai jurulatih, ini masalah saya. Bukan daripada pemain, bukan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), bukan daripada orang ramai. Jadi ini semua masalah jurulatih.

Malaysia berbaki satu lagi perlawanan menentang Korea Selatan selepas tewas dalam dua perlawanan sebelumnya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas