Connect with us

Oh! Media

“Lelaki Bujang Nampak Kurang Berilmu” – Wanita Beritahu Sebab Pilih Suami Orang

suami orang - oh! media

Oh! Lifestyle

“Lelaki Bujang Nampak Kurang Berilmu” – Wanita Beritahu Sebab Pilih Suami Orang

Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mengaku dirinya lebih memilih suami orang berbanding lelaki bujang, eh serius lah?

ADVERTISEMENT

BACA: “Penat Baiki Aircond” – Suami Orang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Anak Dua

Wanita berikut merupakan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, Haryani Ithnen. Dalam wacana Sinar Harian bertajuk Poligami: 2, 3 dan 4 Bukan Perampas, wanita ini memberitahu beberapa sebab mengapa dia lebih memilih suami orang.

Lebih berilmu

Menurut Haryani, dirinya dikatakan lebih memilih suami orang kerana dikatakan suami orang lebih berpengalaman berbanding lelaki bujang.

Suami yang saya mahukan adalah suami yang berilmu, suami yang faham akan hukum hakam. Jadi lelaki bujang bukannya mereka tidak berilmu, okay je. Tetapi, approach mereka tidak cukup barangkali. Mereka tak cukup present diri mereka, nampak kurang berilmu.

Haryani juga memberitahu bahawa suami orang lebih istimewa kerana dirinya boleh diberi kebebasan sebagai isteri yang keempat.

Saya memilih suami orang bukan kerana suami orang itu, tetapi kerana saya tahu suami orang itu tidak akan balik rumah saya selalu.

Apabila diminta untuk mengupas mengenai isu perampas, wanita itu berkata bahawa perampas itu merupakan isteri pertama.

Yang merampas itu yang pertama, merampas rumah tangga kedua. Memaksa suami menceraikan yang pertama.

Apa pulak pendapat pembaca Oh! Media?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas