Connect with us

Oh! Media

Mengaku Bersalah, Penganjur Mohon Maaf Tak Sengaja Bagi Mi Segera Perisa Khinzir

mi segera khinzir

Trending

Mengaku Bersalah, Penganjur Mohon Maaf Tak Sengaja Bagi Mi Segera Perisa Khinzir

Penganjur program derma darah di pusat beli belah di Batu Pahat telah memohon maaf berkenaan isu pemberian beg cenderamata yang mengandungi mi segera berperisa daging khinzir.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Buka Siasatan Penderma Darah Dapat Cenderahati Mi Segera Perisa Khinzir

Lou Kok Meng, pengerusi jawatankuasa program tersebut menyatakan perkara itu tidak disengajakan dan pihaknya sedia untuk bertanggungjawab atas kesalahan tersebut.

Akan perbaiki keadaan, hanya mampu minta maaf

mi segera khinzir

Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Pihak pengurusan hanya boleh memohon maaf buat masa ini, terutama kepada pengunjung yang menderma darah dan bersedia memperbaiki keadaan.

Harap pihak pengurusan akan lebih peka selepas ini dan ambillah perkara ini sebagai pengajaran.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas