Connect with us

Oh! Media

Bukan Sebab Berlagak, Ini Punca Sebenar Hidayah Tolak ‘Cash’ RM75,000 Dibawa Ali Puteh

hidayah

Oh! Artis

Bukan Sebab Berlagak, Ini Punca Sebenar Hidayah Tolak ‘Cash’ RM75,000 Dibawa Ali Puteh

Peguam yang mewakili Siti Norhidayah, Tuan Ibrahim hari ini tampil dengan satu kenyataan menjawab spekulasi yang timbul berhubung bayaran saman berjumlah RM75,000 yang dibuat Ali Puteh.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Roger Boleh Layan Macam VVIP” – Adik Hidayah Bakar ‘Line’, Cuba Provok Ali Puteh?

Peguam menjelaskan secara terperinci mengapa anak guamnya terpaksa menolak wang tunai yang dibawa Ali ke rumah.

Secara perundangan, adalah tidak salah jika Ali mahu membayar saman secara cash. Tetapi di atas faktor keselamatan, Hidayah meminta Ali mengambil semula wang tersebut.

Peguam jelaskan punca sebenar

Jelas Tuan Ibrahim, dia dimaklumkan Hidayah bahawa Ali datang ke rumahnya lebih kurang jam 6.30 petang.

Peguam mengambil kira waktu pada ketika itu sudah menghampiri senja dan sudah tentu urusan bank in duit ke dalam akaun tidak dapat dilakukan Hidayah.

Apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan dibuat secara live. Jadi semua orang akan tahu pada malam tersebut akan ada wang besar.

Tambahan pula, Ali membuat siaran langsung menyebabkan orang ramai tahu Hidayah mempunyai sejumlah wang yang besar di rumahnya.

Peguam percaya, Hidayah menolak wang tunai itu di atas faktor keselamatan diri dan menasihati Ali supaya membuat urusan di pejabat guaman sahaja. Cara lain, Ali boleh transfer wang ke dalam akaun Hidayah atau membuat bank draft.

Kredit: Instagram Hidayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas