Connect with us

Oh! Media

“Tahu Nak Viral Nak Tolong Tapi..” – Netizen Tak Setuju Cikgu Rakam Pelajar Susah

Trending

“Tahu Nak Viral Nak Tolong Tapi..” – Netizen Tak Setuju Cikgu Rakam Pelajar Susah

Baru-baru ini, seorang guru ada memuat naik di Facebook sebuah video menunjukkan salah seorang pelajarnya di tepi padang sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Pedalaman Upah Jajan Murid Ambil Modul PdPR, Siap Masuk Ceruk Kampung

Menerusi rakaman itu, guru terbabit bertanya mengapa pelajar itu tidak memakai baju sukan. Guru wanita berkenaan juga didengari bertanya tentang pekerjaan ibu bapa sebelum memberitahu dia akan membelikan pakaian sukan buat pelajar lelaki itu.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat respon kurang senang daripada seorang pengguna Twitter.

Menerusi satu thread, netizen mempersoalkan tentang etika guru terbabit yang dikatakan tidak menjaga privasi pelajar berkenaan.

Cikgu tahu kan tak boleh rakam? Tahu nak viral nak tolong, tapi budak tu tak perlu diletakkan dalam situasi ini.

Rata-rata daripada netizen lain turut meluahkan pendapat yang sama. Mereka kurang bersetuju dan menganggap guru itu tidak profesional apabila menyiarkan muka pelajar secara terang-terangan.

Sementara itu, ada segelintir yang berpendapat ianya bukanlah suatu hal yang perlu diperbesarkan dan video seperti itu perlu diterima secara positif.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas