Connect with us

Oh! Media

Padah Berlumba Haram Di Lebuh Raya DASH, Dua Mekanik Ditahan

berlumba di dash

Trending

Padah Berlumba Haram Di Lebuh Raya DASH, Dua Mekanik Ditahan

Tular di media sosial video berdurasi 56 saat memaparkan aksi enam buah kereta Proton Satria berlumba secara haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Macam GTA” – Cetus Perbuatan Khianat, Polis Buru Suspek Rempuh Kenderaan Awam

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam laporan Kosmo! Online berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam.

proton satria berlumba di dash

Susulan kejadian, polis telah menahan dua orang lelaki berusia 20 dan 29 tahun untuk membantu siasatan kes.

2 mekanik ditahan kerana berlumba

Lapor Kosmo! lagi, perlumbaan tak menawarkan sebarang hadiah sebaliknya lebih kepada menguji jentera masing-masing.

Mereka berlumba dari Plaza Tol Denai Alam sehingga ke Kilometer (km) 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH.

Mereka juga berlumba dengan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.

Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua km.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Pihak polis kini sedang memburu empat lagi suspek yang lain untuk membantu siasatan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas