Connect with us

Oh! Media

Tiga Tahun Cerai, Lufya Tuntut Mut’ah RM1 Juta, Bekas Suami Akui Terkejut

lufya omar tuntut mutaah rm1 juta

Oh! Artis

Tiga Tahun Cerai, Lufya Tuntut Mut’ah RM1 Juta, Bekas Suami Akui Terkejut

Pelakon Lufya Omar dilaporkan membuat tuntutan mut’ah sebanyak RM1 juta daripada bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sila Guna Otak” – 2 Tahun Tuntut Nafkah Anak Tak Setel-Setel, Lufya Dakwa Dianiaya Peguam Sendiri

Menerusi laporan Gempak, peguam Dr Che Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan mengenai tuntutan tersebut.

Lufya tuntut mut’ah RM1 juta

lufya omar mutaah RM1 juta

Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes. Kalau ikutkan betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

Difahamkan, Dr Che Hafiz dan bekas isterinya ada menjalani proses sulh namun tak mencapai kata sepakat. Kini semuanya dalam proses perbincangan dan mahkamah akan menentukannya mengikut syarat-syarat tertentu.

Dr Che Hafiz enggan ulas

dr che hafiz

Ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Dr Che Hafiz mengakui terkejut dengan jumlah tuntutan tersebut.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana melibatkan hal peribadi.

Saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan.

Untuk pengetahuan, mut’ah adalah saguhati yang wajib diberikan dari suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas