Connect with us

Oh! Media

Wujud Wanita Tanpa Rahim, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu!

wanita tanpa rahim

Oh! Lifestyle

Wujud Wanita Tanpa Rahim, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan seorang wanita yang tidak memiliki rahim? Wujud ke wanita tanpa rahim? Mungkin juga ada yang tahu akan kebenaran ini kerana sudah banyak berita-berita yang dikeluarkan mengenai perempuan tanpa rahim, atau lebih dikenali sebagai MRKH syndrome.

ADVERTISEMENT

Apa itu MRKH syndrome? MRKH merupakan Mayer Rokitansky Kuster Hauser yang diambil sempena dengan nama empat orang doktor yang pertama kali menjumpai kes ini. Sindrom MRKH ini merupakan sindrom yang sangat jarang berlaku namun ia wujud dikalangan masyarakat kita.

Wanita yang mengalami sindrom ini dianggap sebagai seseorang yang sangat istimewa dan sangat kuat.

Tidak datang haid

Sebagai seorang wanita, pasti akan berasa pelik apabila diri tidak didatangi haid kan? Tahukah anda, apabila seseorang wanita itu dilahirkan tanpa rahim, itu bermakna mereka tidak akan didatangi haid.

Kita seringkali merungut apabila senggugut semasa kehadiran haid, tapi pernah ke kita fikir perasaan mereka yang tidak pernah didatangi haid? Mesti lagi sakit dan pedih kan?

Keadaan wanita yang mengalami sindrom MRKH ini menyebabkan faraj dan rahim tidak mampu untuk berkembang ataupun sudah tiada, walaupun pandangan luaran kelihatan seperti seorang wanita yang normal.

Wanita yang mengalami sindrom ini biasanya akan perasan apabila sudah mencecah 16 tahun, mereka masih lagi tidak didatangi haid. Jadi apabila sudah menyedari akan ketidakhadiran haid, mereka akan terus berjumpa dengan doktor untuk mendapat maklumat lanjut.

Berdasarkan kajian perubatan yang dilakukan, satu daripada 5, 000 wanita mengalami sindrom MRKH ini. Jadi, sindrom ini merupakan perkara yang sangat jarang berlaku.

Tanda-tanda MRKH

wanita tanpa rahim
Sumber: Harian Metro

Tanda-tanda mereka yang mempunyai sindrom MRKH adalah tidak mempunyai rahim dan tidak mempunyai saluran vagina.

Perbezaan fizikal juga boleh dikesan apabila mempunyai tulang belakang berbentuk S, tangan sebelah panjang dan sebelah pendek dan juga tiada buah dada atau memiliki buah dada yang kecil.

Seseorang yang mengalami sindrom MRKH juga boleh mengalami masalah pada rangka, pendengaran dan juga jantung. Selain itu, mereka yang mempunyai sindrom ini, buah pinggangnya terbentuk secara tidak normal, iaitu berada di luar dari yang sepatutnya atau salah satu buah pinggang tidak terbentuk.

MRKH di Malaysia

Tahukah anda, wujud Kumpulan Sokongan MRKH di Malaysia dimana ia diketuai oleh Nur Syazwani Abdul Rahim, atau lebih dikenali sebagai Wani Ardy. Wani Ardy merupakan salah seorang wanita yang memiliki sindrom MRKH.

Beliau merupakan seorang penulis buku dan penyair. Beliau mewujudkan Kumpulan Sokongan MRKH ini bagi mengumpulkan golongan wanita yang istimewa ini agar tidak berasa asing, dapat mengambil rawatan yang perlu dan memberikan inspirasi dan semangat untuk mewujudkan kehidupan yang positif.

Kempen-kempen kesedaran juga ada dilakukan oleh golongan ini untuk memberi info kepada orang ramai mengenai kewujudan golongan istimewa ini dan ubah persepsi masyarakat yang memandang serong terhadap golongan yang tidak mempunyai rahim ini.

wanita tanpa rahim

Menjadi salah seorang daripada golongan yang tidak mempunyai rahim ini bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila mempunyai kumpulan sokongan seperti yang dilakukan oleh Wani Ardy, mungkin mereka yang pada mulanya tidak memiliki keyakinan untuk terus hidup akan jadi lebih yakin dengan sokongan yang diberikan.

Apabila perkongsian dapat dilakukan oleh setiap golongan istimewa ini, tidak mustahil untuk seseorang itu akan terus bangkit dan berjaya. Ramai wanita yang menghidap sindrom MRKH ini berjaya dalam karier dan mempunyai keluarga yang bahagia.

Allah itu maha adil dan pasti beri yang terbaik buat umatNya. Pastinya ada kebaikan dan hikmah disebalik sindrom MRKH ini. Semoga mereka yang mempunyai sindrom MRKH ini terus kuat dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Sama-sama kita sebarkan info mengenai sindrom MRKH ini kepada mereka yang tidak tahu akan kewujudan sindrom MRKH ini supaya lebih celik mindanya. Teruskan share semua info kepada kawan-kawan dan keluarga okay!

Kredit: Theasianparent

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas