Connect with us

Oh! Media

Viral Pelajar Berhimpit Ke Sekolah, Individu Prihatin Sumbang 2 Bot

Trending

Viral Pelajar Berhimpit Ke Sekolah, Individu Prihatin Sumbang 2 Bot

Baru-baru ini, viral di Facebook gambar lebih 20 orang murid di Kampung Pituru Timbang Taun dan Kampung Mengkapon Laut di daerah Pitas Sabah berhimpit tanpa jaket keselamatan ke sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak-Anak Teruja Kembali Ke Sekolah. Ada Naik Bot & Kereta Api

Memetik laporan FMT, gambar dimuat naik Khairul Abidin itu meraih perhatian ramai dan seorang individu prihatin dari Semenanjung mahu menyumbang dua buah bot untuk kampung itu.

pelajar sabah naik bot

Kata Khairul, individu itu menghubunginya pada 20 Januari memperkenalkan diri sebagai anggota Pertubuhan Amal Team di Selangor dan bot dihantar keesokan harinya.

bot

Kata Khairul, bot besar boleh memuatkan lebih 30 orang murid dan bot kecil kira-kira 15 orang. Selain bot, beberapa jaket keselamatan turut disertakan.

Penyumbang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol hanya ketawa ketika Khairul mahu memberikan sedikit penghargaan sebagai tanda terima kasih.

Saya bertanya kepada Zulhairi, sama ada beliau akan datang ke kampung kami agar kami dapat menunjukkan penghargaan yang tinggi kepadanya, tetapi beliau hanya ketawa (dan) memberitahu saya tidak perlu hebahkan tentang sumbangan itu. Namun sepanjang saya menetap di kampung ini, tiada siapa pernah menyumbang sebegini kepada kami.

Lapor FMT lagi, Zulhairi merupakan pengerusi Pertubuhan Amal Team, sebuah NGO terlibat dalam pengurusan jenazah Islam berpusat di Bangi.

Sebelum ini, Zulhairi pernah membantu memasang panel solar di Pulau Banggi di luar Kudat, daerah jiran Pitas.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas