Connect with us

Oh! Media

“Ada 7 Tahun Tak Balik” – Hafiz Mahamad Belanja 100 Tiket Pulang Ke Sabah Dan Sarawak

Trending

“Ada 7 Tahun Tak Balik” – Hafiz Mahamad Belanja 100 Tiket Pulang Ke Sabah Dan Sarawak

Bersimpati dengan nasib golongan terjejas pendapatan, instafamous dan ahli perniagaan, Hafiz Mahamad mengambil langkah menaja tiket penerbangan pulang ke Sabah dan Sarawak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ada Yang Tak Senang Lihat Kami” – Isteri Kena Buatan Orang, Hafiz Mahamad Maafkan Pelaku

Perkara itu dikongsikan Hafiz menerusi satu hantaran status di Instagram semalam. Jelasnya, mungkin bagi sesetengah orang, pulang ke kampung halaman adalah perkara biasa.

Namun bagi mereka yang kurang mampu, mereka terpaksa melupakan sahaja hasrat itu berikutan harga tiket yang terlalu mahal.

Ada yang kongsi, dulu kerja gaji RM5k tapi bila Covid turun ke 1K. Hari ini terpaksa terus balik ke Sabah dan cari kerja di Sabah.

Malah, siapa sangka ada di antara mereka sudah 7 tahun tidak dapat pulang di atas faktor kewangan.

Menurut instafamous ini lagi, dia telah membelanjakan kira-kira RM60,000 hasil daripada perniagaannya. Manakala sebanyak RM10,000 daripada sumbangan pengikut ke Pertubuhan Sahabat Ainaa.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut berasa sayu melihat ada yang sampai menitiskan air mata berterima kasih di atas jasa baik Hafiz Mahamad.

Mereka tumpang bergembira akhirnya rakan-rakan yang tinggal di Sabah dan Sarawak dapat bertemu ahli keluarga setelah sekian lama terpisah.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas