Connect with us

Oh! Media

Rezeki Anak Soleh Jaga Ibu, Kos Pengajian Dua Beradik Ditanggung Oleh Kerajaan

Oh! Inspirasi

Rezeki Anak Soleh Jaga Ibu, Kos Pengajian Dua Beradik Ditanggung Oleh Kerajaan

Sebelum ini tular mengenai berita seorang pelajar lepasan SPM mendapat keputusan yang cemerlang namun tidak dapat menghadiri majlis penganugerahan demi menjaga ibu yang sakit.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Cemerlang 11A SPM, Cikgu Rai Di Rumah Dengan Ibu Terlantar Kanser Tahap 4

Walau bagaimanapun, ibu kepada Muhammad Syahril Saidi telah pergi menghadap Ilahi pada 8 malam, 10 Jun yang lepas.

Rezeki jaga ibu

kredit: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman memaklumkan kerajaan Kelantan bersedia untuk membantu pelajar cemerlang SPM itu termasuk kakaknya dalam menanggung kos pengajian tinggi.

Kita sedia maklum perihal pelajar itu daripada Penghulu Mukim dan difahamkan kakaknya juga dapat tawaran belajar sebelum ini namun menolak kerana menjaga ibu mereka. Jadi kita akan beri bantuan yang berkaitan, terutamanya soal pendidikan.

Syahir juga memberitahu pihaknya difahamkan pelajar berkenaan datang dari keluarga yang susah. Sebelum ini, mereka menyewa rumah kayu kemudian berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa hasil perkongsian adik-beradik tersebut yang bekerja demi keselesaan ibu mereka.

Kita akan lihat juga ruang untuk kita bantu mereka dapatkan rumah melalui bantuan yang ada.

Semoga yang baik-baik sahaja buat dua beradik ini.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas