Connect with us

Oh! Media

“Selain Disimbah Air Panas, Bella Dipukul Setiap Malam” – Saksi

Trending

“Selain Disimbah Air Panas, Bella Dipukul Setiap Malam” – Saksi

Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa remaja Sindrom Down, Bella didera pengasas rumah Bonda, Siti Bainun setiap hari.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bella Dicili, Dijirus Air Panas, Diikat” – Saksi Pendakwaan Siti Bainun

Menurut Yasmin, dia dan seorang lagi penghuni rumah itu turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella.

Ia berlaku dari Mac 2021 hingga Jun 2021. Selain disimbah air panas, Bella juga dipukul setiap malam.

Ketika disoal peguam Farhan Maaruf, saksi kelima itu memberitahu karakter Bella mula berubah sejak tinggal bersama Siti Bainun.

Dahulu Bella happy dan suka bercakap, tapi lepas itu dia takut dengan Siti Bainun.

Takut dia marah, bila nak keluar bilik pun dia tengok-tengok dulu.

Mengenai cadangan peguam bahawa tiada kejadian seumpama Bella terjadi kepada penghuni lain di Rumah Bonda, Yasmin memberitahu selain Bella, ‘Kakak Hidayah’ turut didera.

Bila Kakak Hidayah tidak mendengar arahan Siti Bainun, Siti Bainun tidak membenarkan Kakak Hidayah memegang, melihat dan menyusukan anaknya.

Yasmin memaklumkan dia perlu menjaga dan mengemas rumah kebajikan selain mengemas tempat tidur dan mengurut Siti Bainun.

Terdahulu, Siti Bainun dihadapkan ke mahkamah di atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Kredit: Utusan | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas