Connect with us

Oh! Media

“Kalau Dia Baik Dengan Saya, Tak Mungkinlah Dia Block”- Umisya Dedah Tidak Berkawan Dengan Marissa

Oh! Artis

“Kalau Dia Baik Dengan Saya, Tak Mungkinlah Dia Block”- Umisya Dedah Tidak Berkawan Dengan Marissa

Setelah dikhabarkan sudah berbaik, Umisya Mazlan tampil mendedahkan hubungan sebenar dengan madunya, Marissa Dania.

ADVERTISEMENT

Difahamkan hubungan mereka tidaklah begitu baik walaupun masing-masing sudah menerima takdir hidup berpoligami.

BACA: Marissa Dania Tutup Mulut Netizen, Beri Bukti Dah Berbaik Dengan Madu

Menurut laporan Kosmo! Umisya berkata ketika ini, dia tidak lagi bermusuh namun tidak juga berkawan dengan Marissa Dania.

Marissa juga dikatakan telah menyekat semua komen berkaitan Umisya di media sosial miliknya.

Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia.

Umisya juga berkata dia tidak pernah bertanya khabar dengan madunya itu kerana ada jarak antara mereka.

Kami buat hal masing masing dan tidak update pun pasal kehidupan satu sama lain.

Wanita ini menegaskan walaupun tidak berbaik dengan Marissa namun dia dengan Aslam masih lagi berstatus suami dan isteri.

Alhamdulillah masing-masing dan terima takdir. Semoga yang baik-baik je buat mereka berdua ni.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas