Connect with us

Oh! Media

“Insurans Cover, InsyaAllah” – Pekin Ibrahim Reda Kereta GR Yaris Kansai Dipandu Rakan ‘Total Lost’

pekin ibrahim

Oh! Artis

“Insurans Cover, InsyaAllah” – Pekin Ibrahim Reda Kereta GR Yaris Kansai Dipandu Rakan ‘Total Lost’

Dugaan buat Pekin Ibrahim apabila kereta GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya terlibat dalam kemalangan di Putra Height, Selangor.

ADVERTISEMENT

Lebih menyedihkan apabila kereta yang dipandu rakannya, Amirul ‘total lost’. Pelakon dan pengarah ini bagaimanapun reda dan tak mahu menyalahkan sesiapa.

@freakbellaz Dugaan buat abang Pekin Ibrahim 🙏🥹 syukur semua selamat. Ada hikmah disebalik ni kereta baru je sampai 🇲🇾 🥹 #gryaris #GR #gr #kansai #pekin #pekinibrahim #pekin7words #jdm #yaris #jdmcars #jdmcarsoftiktok ♬ original sound – adaweya

Dia meminta jasa baik semua orang supaya berhenti menyebarkan berita kononnya pemandu berlumba dan meninggal dunia.

Tiga orang berada dalam kereta itu ketika kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang, manakala Amirul yang memandu.

Pekin akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai hal ini apabila semua rakan-rakan sudah sihat. Suami kepada Mona Allen ini juga berterima kasih kepada orang ramai yang tak putus-putus bertanya khabar.

@pekinibrahim74 DOA YANG BAIK BAIK SEMUA . ❤️#bigjoecarwashanddetailing #Gryariskansai #Tinggalkenangan ♬ See You in Heaven – Calming Tune

Dalam video penjelasan yang dikongsinya, Pekin sempat berpesan kepada semua pemandu supaya berhati-hati di jalan raya.

Bawak kereta member kena hati-hatilah. Tu je saya boleh cakap.

Fuh memang pedih bila tengok kereta yang baru je seminggu sampai Malaysia jadi macam tu. Semoga ada hikmah di atas kejadian ini dan Pekin dilimpahkan rezeki berlipat ganda lagi selepas ini.

Kredit: TikTok @pekinibrahim74

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas