Connect with us

Oh! Media

“Habis Nyanyi Saya Terus Balik” -Difitnah Buat Kerja Tak Elok, Baby Shima Tampil Buka Mulut

Oh! Artis

“Habis Nyanyi Saya Terus Balik” -Difitnah Buat Kerja Tak Elok, Baby Shima Tampil Buka Mulut

Penyanyi dangdut terkenal, Baby Shima tampil membuka mulut atas sikap segelintir individu yang sering menabur fitnah atas pekerjaannya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Jadi Mati Ke?” – Bergelek Sakan Dengan Baby Shima, Aliff Syukri Ditegur Netizen

Menurut penyanyi itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas komen yang melampau daripada netizen.

Fitnah Shima

baby shima

Dalam pada masa yang sama, Shima juga mengatakan komen-komen yang melampau itu membuatkan dirinya seolah-olah terbabit aktiviti yang tidak bermoral dan terdesak mencari wang dengan cara bergelek.

Janganlah kaitkan saya dengan kerja tak elok sebab saya tak terdesak sangat sampai sanggup cari duit dengan cara seperti dituduh beberapa individu itu.

Saya sebenarnya malas mahu panjangkan isu ini kerana asyik perkara sama diperkatakan, lebih-lebih lagi mengenai gelek, tetapi saya kena suarakan.

Shima juga memberitahu dirinya berasa kecewa dengan sikap sesetengah portal yang selalu menjadikannya sebagai bahan kecaman.

Selepas habis menyanyi saya terus balik, tetapi saya tengok berita yang ‘dinaikkan’ sebuah portal seolah-olah saya buat kerja tak elok sampai saya jadi sasaran kecaman.

Tambahan, penyanyi itu juga telah merujuk peguam bagi mendapat tindakan lanjut serta kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas