Connect with us

Oh! Media

Ramai Terkejut Lihat Produk Apple, Mac Studio Terbaharu Made In Malaysia

mac studio

Oh! Tech

Ramai Terkejut Lihat Produk Apple, Mac Studio Terbaharu Made In Malaysia

Beberapa minggu lepas, Apple dalam satu acara tahunan mereka telahpun memperkenalkan Mac Studio terbaru yang hadir dengan rekaan yang lebih tebal. Ia turut dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple M1 Ultra yang 80% lebih baik berbanding MacBook Pro.

ADVERTISEMENT

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tulisan dibelakang Mac Studio yang tertulis Made In Malaysia. Untuk pengetahuan korang, Mac Mini dan Mac Studio terbaru kedua-duanya memang dibuat di Malaysia.

Memetik laporan Amanz.my, Apple memang sudah biasa memilih Malaysia sebagai tempat penghasilan beberapa produk mereka. Produk ini direka di California dan kemudian ia akan dihasilkan di Malaysia sebelum dipasarkan ke pasaran dunia. Model lain turut dipasang di negara Asia lain seperti China.

Designed by Apple in California Made in Malaysia

Apapun, korang dah boleh dapatkan Mac Studio dekat pasaran Malaysia pada harga bermula RM8,799. Walaupun Apple Made In Malaysia, kita masih menantikan satu-satunya Apple Store rasmi buka dekat Malaysia. Kah!

Kredit: Amanz.my

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas