Connect with us

Oh! Media

“Itu Gambar Baharu, Hari Ini” – Anak Buah Terkejut Lihat Maksu Terlibat Nahas Helikopter ATM Bertembung

helikopter

Oh! Tidak

“Itu Gambar Baharu, Hari Ini” – Anak Buah Terkejut Lihat Maksu Terlibat Nahas Helikopter ATM Bertembung

Hari ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu nahas melibatkan dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung di udara. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga 10 anggota yang terkorban bila dimaklumkan tentang nahas ini. Al-Fatihah

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Buah Helikopter ATM Bertembung Di Udara, 10 Anggota Terkorban

Banyak video dan gambar yang tersebar dan diharapkan jika anda mendapat bahan yang mengaibkan mangsa, minta untuk tidak dikongsikan kepada umum. Apapun, Ohmedia rasa sayu bila melihat gambar tiga orang anggota wanita yang terlibat dalam nahas itu.

nahas helikopter

Gambar ini dikatakan baru sahaja diambil oleh mangsa hari ini. Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Along dan merupakan anak saudara kepada mangsa yang duduk di tengah-tengah.

Maksu (mangsa) merupakan ibu saudara belah emak saya. Saya memang terkejut lepas dapat tahu tentang hal ini. Memang tak percaya sebab ia berlaku tiba-tiba.

Kali terakhir jumpa sebelum puasa. Keluarga maksu duduk di Yan, Kedah. Keluarga dah pergi ke Lumut selepas tahu berita itu. Mak ayah saya pun pergi juga.

Itu gambar baru, hari ini. – Jawab Along kepada pihak mStar.

Berikut merupakan senarai 10 anggota yang terkorban dalam nahas…

Kredit: mStar | FB Tentera Laut Diraja Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas