Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Penyondol, Pelakon Lain Pula Dedah Suami Berduit Kena Ganggu

nadya

Oh! Artis

Lagi Kes Penyondol, Pelakon Lain Pula Dedah Suami Berduit Kena Ganggu

Banyak betul isu ‘penyondol’ sekarang ni kan? Tapi tiada pula siapa-siapa nak sondol penulis yang masih single ni erk? Kah! Suami yang hampir disondol kali ini melibatkan pelakon, Nadya Syahera pula.

ADVERTISEMENT

BACA: Hafidz Roshdi Pula Jadi Sasaran Netizen Selepas Isteri Dedah ‘Penyondol’ Datang Rumah

Nadya mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro di mana suaminya Fizul Nawi turut diganggu orang ketiga. Bagaimanapun, Nadya yakin wanita itu tidak akan berjaya menggantikan tempatkan walaupun melihat suaminya hidup dalam kesenangan.

Berani potong jari…

Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya. Tapi kalau dia ada di tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu.

Lupakan nak ambil laki (suami) kakak. Kalau anda sanggup bertahan macam kakak, saya berani potong jari, pergilah.

Dalam pada itu, Nadya turut meminta mereka yang suka merampas pasangan orang untuk meletakkan diri ke dalam situasi sama jika pasangan mereka turut dirampas orang lain.

Sebab dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini, saya nampak Allah memang bayar tunai. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, teruskan.

Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda. Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas