Connect with us

Oh! Media

“Memaafkan Bukan Sampai Menjatuhkan”- Syamsul

syamsul debat

Oh! Islam

“Memaafkan Bukan Sampai Menjatuhkan”- Syamsul

Cara Islam, yang meminta maaf dan memaafkan perlu ikhlas dan sama-sama merendahkan diri. Bukannya sampai menjatuhkan maruah orang lain. – Syamsul Debat.

Ohmedia tertarik dengan teguran penceramah bebas, Ustaz Syamsul Debat yang mengulas tentang isu meminta maaf sehingga disuruh melutut.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemuda Samakan Anak Caprice Dengan Haiwan Akhirnya Melutut Mohon Maaf

Kata Syamsul, meminta maaf dan memaafkan adalah perkara paling mulia di sisi Allah namun paling berat untuk dilakukan.

Selalu dalam ceramah, saya cakap minta maaf dan memaafkan ini syaratnya satu saja iaitu tidak perlu ada sebarang syarat.

syamsul debat

Maknanya, kalau hendak memaafkan orang, jangan letak syarat. Contohnya ramai orang kita ini kalau minta maaf kena macam tu atau macam ini sedangkan itu bukan caranya.

Tak kisah hendak meminta maaf itu secara terbuka tetapi jangan sampai memalukan orang kerana Islam tak ajar macam itu.

Mungkin kita hendak cerita dekat orang lain dia itu buat apa, tetapi apa yang lebih penting kita hendak pelaku itu meminta maaf.

Bukan bermakna yang meminta maaf itu juga perlu meletakkan diri sampai macam itu sekali kerana sepatutnya pihak yang memaafkan juga perlu sama-sama merendahkan diri.

Semoga teguran ini bermanfaat dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas