Connect with us

Oh! Media

Ibu Shila Amzah Buat Pendedahan Mengejutkan Pasal ‘Penyondol’, Jumpa Pakaian Bercampur Dalam Satu Luggage

ibu shila

Oh! Artis

Ibu Shila Amzah Buat Pendedahan Mengejutkan Pasal ‘Penyondol’, Jumpa Pakaian Bercampur Dalam Satu Luggage

Ibu Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman membuat pendedahan mengejutkan mengenai orang ketiga dalam rumah tangganya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Buang Kami” – Ibu Shila Amzah Dakwa ND Lala Poligami Sejak 8 Tahun Lalu

Meskipun sudah sah bercerai, Fauziah atau mesra disapa Mamazie menjadikan pengalaman ini satu pengajaran di dalam hidupnya.

ibu shila

Dakwa Mamazie, wanita tersebut merupakan kawan baik Shila sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Mamazie pernah berada di fasa penafian kerana perempuan itu sudah dianggap seperti anak sendiri.

Mana tidaknya, wanita itu dikatakan sering makan minum dan tidur di rumah keluarganya. Apa juga acara kecil atau besar pasti akan dilakukan dengan kehadiran wanita itu.

Pada tahun 2019, Shila pernah memberitahunya ada khabar angin mendakwa bapanya sudah bernikah namun ketika bersemuka wanita ini menafikan dakwaan tersebut menyatakan Mamazie dan suami dah dianggap seperti ‘orang tuanya’.

ibu shila

Dakwa Mamazie lagi, rahsia mula terbongkar apabila anak lelakinya tolong membawa pulang kereta yang ditinggal di Kedah. Orang Kedah terpaksa mencari anak lelakinya kerana suami tak dapat dihubungi.

Di situlah dia menemui baju suaminya bercampur dengan baju wanita lain di dalam sebuah bagasi. Malah, kereta tersebut juga dikatakan seperti rumah apabila pakaian dobi dan lain-lain penuh satu kereta.

Mamazie menulis lagi, anak lelakinya pula dituduh mencuri kereta apabila satu laporan polis dibuat ke atasnya. Anaknya dipaksa mengakui kesilapan dan perlu meminta maaf secara bertulis didakwa di atas arahan perempuan tersebut.

mamazie

Jelas ibu Shila Amzah, dia menerima takdir Allah SWT apabila perkahwinan yang berusia 34 tahun bernoktah di WhatApp.

Coretan ini bertujuan untuk berkongsi supaya wanita-wanita di luar sana lebih berwaspada dengan orang yang dianggap baik seperti keluarga sendiri.

Kredit: Instagram Mamazie68

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas