Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Tips ‘Posing’ Gambar Raya Sesuai Buat Family Yang Ramai

Oh! Lifestyle

Ini 5 Tips ‘Posing’ Gambar Raya Sesuai Buat Family Yang Ramai

Lagi beberapa hari kita bakal menyambut kehadiran bulan Syawal dan raya Aidilfitri. Sudah semestinya, ahli keluarga dan sanak saudara dari jauh akan saling berkunjung dan berkumpul bersama-sama.

ADVERTISEMENT

BACA: Pening Cari Tema Baju Raya? Ini Top 5 Warna Pilihan Tahun 2023

Dah kumpul ramai-ramai mestilah kena ambil gambar bukan? Jom, Oh! Media kongsi 6 tips cara pose yang sesuai buat keluarga yang ramai untuk ambil gambar raya.

Posing sesuai ketika raya

1. Kaedah ‘pose’ segi tiga

raya
kredit: Photography

Tahukah korang, terdapat satu peraturan yang perlu diikuti ketika mengambil gambar keluarga? Ia dinamakan sebagai kaedah pose segi tiga. Gaya ini dibuat dengan meletakkan kedudukan ahli keluarga sama ada duduk dan berdiri dalam kedudukan yang tidak sama rata. Kaedah ini digunakan agar gaya keluarga tidak bertindih dan menutupi muka orang lain.

2. Ibu bapa berada di tengah

raya
kredit: Families of Life

Dalam posing ini, ibu bapa memainkan watak penting sebagai titik fokus utama dalam menangkap gambar. Susunan boleh dibuat dengan meletakkan ahli keluarga yang lebih tinggi di sebelah ibu bapa dikuti kanak-kanak yang lebih kecil di hadapan.

3. Gerak badan

Gaya gerak badan boleh meletakkan elemen akrab dan ‘hangat’ dalam sesebuah gambar keluarga. Contohnya berpegangan tangan, meletakkan tangan di bahu, berpelukan atau bersandar antara satu sama lain. Paling penting, jangan lupa senyum!

4. Gaya semula jadi

raya
kredit: Memories.my

Gaya semula jadi atau dikenali sebagai candid juga menjadi satu kaedah gambar yang popular. Gunakan gaya ini untuk memberi kesan semula jadi yang lebih bebas dan ceria oleh ahli keluarga.

5. Menggunakan prop

raya
kredit: Stories.my

Penggunaan prop juga sedikit sebanyak membantu mewarnai keceriaan dalam gambar. Guna apa sahaja yang boleh digunakan sebagai prop seperti telefon bimbit, kuih raya dan lain-lain. Nanti baru gambar korang nampak lebih santai dan rapat.

Kami harap perkongsian kali ini dapat membantu korang di hari raya nanti. Selamat hari raya!

Kredit: Siakap keli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas