Connect with us

Oh! Media

Broadcast Channel Di Instagram!

Oh! Khai

Broadcast Channel Di Instagram!

Mungkin korang dah tahu kot yang Instagram pun dah ada broadcast channel sekarang ni sama macam Telegram & Whatsapp. Menariknya untuk korang yang masih lagi sentiasa aktif di Instagram, features macam ni jadi satu sebab lagi la kenapa Instagram masih relevan untuk digunakan sebab ada features baru yang boleh kita manfaatkan.

Bila nampak ada features macam ni, saya fikir bagus juga ni tak payah nak susah-payah ajak orang join group Telegram semua tu lagi-lagi bila private channel, tak tak pasal-pasal nak kena simpan detail orang lain dalam phone kita. Apalagi saya lagi suka engage dengan followers di Instagram sebab tak ramai dan sentiasa berkualiti tinggi. Hehe.

ADVERTISEMENT

Apa yang pasti, walaupun features ni dah berminggu-minggu wujud pun masih ada yang belum dapat lagi disebabkan Instagram roll-out features ni secara berperingkat kepada pengguna. Kalau belum boleh akses tu, korang kena tunggu lagi la ye? So kalau korang follow saya di Instagram @ohkhai tu, jemput la join 2 channel yang saya dah buat tu ya.

Channel 1: Khai Was Here
Channel 2: Jom Simpan Emas

Semua yang saya tulis kat situ, hanya ada di situ sahaja dan saya harapkan apa yang saya tulis kat situ mampu memberikan manfaat yang baik kepada yang sertai. Thanks guys sudi membaca!

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas