Connect with us

Oh! Media

Kes Lelaki Serang Kamal Adli Diberi Penangguhan Oleh Mahkamah Singapura Kepada 30 Mei

Oh! Artis

Kes Lelaki Serang Kamal Adli Diberi Penangguhan Oleh Mahkamah Singapura Kepada 30 Mei

Mahkamah Singapura telah membenarkan untuk membuat penangguhan selama empat minggu bagi pegawai penyiasatan melakukan siasatan lengkap ke atas seorang lelaki yang didakwa telah menyerang pelakon Kamal Adli.

ADVERTISEMENT

Menurut Hakim Daerah Ong Hian Sun, dia telah mengekalkan perintah untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada 4 April yang lalu, mahkamah telah bersetuju dengan permohonan pendakwa raya untuk menangguh kes selama empat minggu sehingga 2 Mei dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Tambahan, tertuduh sebelum itu telah direman selama tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Lelaki yang telah menyerang pelakon yang berusia 36 tahun itu, didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.”

Malah, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika disabit kesalahan terhadap pertuduhan yang mendatangkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas