Connect with us

Oh! Media

Suami Tak Dapat Beri Duit Bulanan Kepada Isteri? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

nafkah

Oh! Islam

Suami Tak Dapat Beri Duit Bulanan Kepada Isteri? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Umum sedia maklum, hukum memberi nafkah kepada isteri adalah wajib ke atas seorang suami. Para ulama menetapkan nafkah wajib seorang suami adalah makanan, barang dapur, pakaian tempat tinggal, alat-alat membersihkan diri dan pembantu bagi suami yang mampu.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Beri Nafkah RM200 Dan Persoal Kenapa Tak Cukup, Jawapan Isteri Buat Netizen Puas Hati

Tapi, bagaimana pula dengan wang belanja bulanan isteri? Adakah suami wajib menyediakannya? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus.

@izlfrhnddn21

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Soalan: Suami tak mampu beri duit bulan-bulan kepada isteri tetapi makan minum, pakaian dan tempat tinggal disediakan. Apakah hukumnya?

nafkah isteri

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Apabila suami selesai akad nikah, tak wajib lagi nafkah ke atas dirinya. Apa yang wajib adalah mas kahwin. Suami wajib memberi nafkah apabila isteri dihantar masuk ke rumah kita. On the way tak wajib.

Ustaz Azhar memberi contoh situasi si isteri terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah suami selepas akad nikah. Jelasnya, urusan perubatan diwajibkan ke atas bapa isteri bukannya suami.

Belum wajib bayar kerana belum serah kepada kita. Turun depan rumah ada kulit pisang, jatuh. Bawa pergi klinik kena RM200, ayah dia wajib bayar kita belum. Dia masuk dalam rumah kita, jatuh lagi.. kena RM30. Masa itu baru kita wajib bayar.

Sejak dari itu, bermulalah kewajipan suami iaitu nafkah pakaian, makan minum, tempat tinggal, ubat-ubatan dan alat solek kalau suami minta isteri bersolek.

Makan minum dua kali sehari, pakaian dua pasang setahun (pakaian dalam, pakaian luar, tudung dan sepatu). Apabila isteri sakit, wajib beri ubat.

Ustaz Azhar menjelaskan lagi, apabila sudah menunaikan nafkah wajib hukumnya adalah sah meskipun suami tak mampu beri wang bulanan. Namun, suami digalakkan memberi wang atau hadiah lain sebagai penghargaan kepada isteri.

Kredit: TikTok Mama Farhan

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas