Siapa kat sini tengah mencari peranti atau barangan teknologi baru atau nak upgrade kepada yang lebih bagus cuba angkat tangan sikit. Biasalah, dunia semakin maju ni, mestilah kita nak cuba teknologi yang baru betul tak?
Haa, untuk korang masih mencari lagi tu, apa kata datang ke TMT Megastore di Pavilion Bukit Jalil sebab diorang ada banyak promosi khas untuk korang sempena grand opening mereka tau! Benda boleh dapat murah dan berkualiti, buat apa nak cari dekat tempat lain kan?
Jom tengok antara promosi gila yang diorang nak bagi, paling penting boleh jimat sehingga RM700 tau. Siapa cepat dia dapat!
Nikmati Jimat Berganda Di Pembukaan Besar-Besaran TMT Pavilion Bukit Jalil
Kalau korang nak tau, TMT Megastore merupakan antara salah satu kedai yang menjual barangan IT dan teknologi terbesar dan mempunyai pelbagai cawangan di serata Malaysia.
20 Mei 2022 nanti, TMT akan membuka cawangan terbaru di Pavilion Bukit Jalil dan akan ada macam-macam jenis promosi khas tau. Wow!
Menariknya, terdapat dua jenis promosi yang mereka tawarkan bermula 20 Mei hingga 22 Mei 2022 tau iaitu Grand Opening Star Buy dan Grand Opening Deals. Tapi, promosi ni sangat terhad tau, jadi korang kena serbu cawangan ni sebab siapa cepat dia dapat.
Diskaun Hebat Untuk Barangan Teknologi & IT Sehingga 99%!
Untuk Grand Opening Star Buy, pengunjung yang datang paling awal akan menerima satu queue card yang mana korang boleh dapatkan 1 unit untuk setiap barangan dan maksimum barangan yang korang boleh dapatkan adalah 1. Wow!
Korang boleh dapatkan macam-macam jenis barangan teknologi seperti telefon pintar, aksesori, komputer riba, PC serta komponen lain pada harga serendah RM1 tau. Paling penting, korang boleh nikmati diskaun hebat sehingga 99%. Bestnya!!
Jom tengok antara barangan teknologi yang korang boleh dapatkan dengan harga yang sangat berpatutan:
3. Verbatim Simple and Basic Type C Cable/120cm Sync & Charge/Black/1 Year Warranty – RM1 (jimat RM48)
Bukan itu saja, ada banyak lagi barangan menarik yang korang boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan! Jimat pun jimat. Kalau nak tau, korang wajib datang ke TMT Megastore Pavilion Bukit Jalil nanti!
Untuk Grand Opening Star Buy ni, ia hanya berlangsung selama 1 hari saja iaitu pada 20 Mei 2022 tau. Jadi, jangan lupa tanda kalendar korang!
Jimat Berbelanja Sehingga RM700 Dengan Pelbagai Jenis Barangan Teknologi Menarik!
Tak cukup dengan diskaun gila-gila untuk Grand Opening Star Buy, TMT Megastore turut menganjurkan Grand Opening Deals tau, yang mana korang boleh beli barangan IT dan teknologi pada penjimatan harga sehingga RM700 tau!
Tawaran ini berlangsung selama 3 hari dari 20 Mei sehingga 22 Mei 2022 sahaja dan sementara stok masih ada! Jadi, korang kena cepat rebut peluang keemasan ni!
Antara barangan IT dan teknologi HOT yang mereka tawarkan pada harga murah adalah Microsoft Surface Laptop Studio berwarna Platinum pada harga RM8,699 (harga asal RM9,399), serta korang akan dapat PERCUMA Microsoft Travel Set tau!
Laptop ni mempunyai pemproses Intel Core i7-11370H, RAM sebesar 16GB dan 512GB SSD tau. Ia juga disertakan dengan waranti satu tahun. Jadi, untuk korang yang tengah cari laptop yang fleksibel, korang wajib dapatkan laptop ni sekarang dengan penjimatan sehingga RM700!
Korang juga boleh dapatkan peranti seperti Lenovo Tab M8 Platinum Grey TB-8505X pada harga RM499 (harga asal RM635) serta barangan PERCUMA seperti Premium Folio Case dan Film Protector tau! Menarik!
Selain itu, mereka juga memberikan tawaran hebat untuk peranti HUAWEI Watch GT 3 Runner Grey 46MM pada harga RM1,099 (harga asal RM1,399) beserta PERCUMA FOC HUAWEI Freelace.
Bukan itu saja, ada banyak lagi barangan menarik lain yang ditawarkan oleh TMT Megastore. Kalau nak tahu, korang wajib serbu cawangan TMT di Pavilion Bukit Jalil pada 20 Mei hingga 22 Mei 2022!
Barangan IT & Teknologi Terkini Boleh Didapati Hanya Di TMT Megastore
Haa, banyakkan tawaran yang diorang nak bagi pada korang sempena pembukaan besar-besaran mereka nanti?
Kalau korang nak tau barangan apa lain yang TMT Megastore tawarkan, korang wajib datang pada 20 Mei nanti di Pavilion Bukit Jalil tau. Ingat, siapa cepat, dia dapat!