Connect with us

Oh! Media

Nama Kena Petik Bercinta Dengan Amir Ahnaf, Alicia Amin Kata Langsung Tak Kenal

Oh! Artis

Nama Kena Petik Bercinta Dengan Amir Ahnaf, Alicia Amin Kata Langsung Tak Kenal

Setelah dua bulan bercerai, pelakon dan model cantik Alicia Amin baru-baru ini dikatakan telah terpalit dengan kontroversi bercinta dengan Amir Ahnaf. Eh, betul ke?

ADVERTISEMENT

BACA: Berpisah Cara Baik, Pelakon Alicia Amin Dan Suami Sah Bercerai Talak 1

Walau bagaimanapun, Alicia menafikan perkara tersebut dan mengatakan dirinya tak pernah sama sekali bertemu dengan pelakon Projek: High Council itu.

Tumpu pada kerjaya

alicia

Model cantik itu juga berkata dirinya hanya berkenalan dengan kawan-kawan Amir sahaja iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar.

Saya tak pernah berbual dengan Amir kerana kami langsung tak kenal malah tidak pernah berjumpa dengan dia.

Apabila diminta untuk mengulas mengenai kerjayanya yang terkini, Alicia memberitahu dirinya berimpian untuk mengembangkan kerjaya seni ke luar negara.

Kerjaya peragaan sudah membawa saya ke negara lain. Jadi dalam lakonan pun saya ingin meneroka dan melebarkan langkah lebih jauh.

Sebagai info, Alicia mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya pada Februari 2022 dan disahkan bercerai pada Mac yang lalu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas