Connect with us

Oh! Media

Tesla Model 3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Jualan Serendah RM189,000

tesla

Oh! Gear

Tesla Model 3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Jualan Serendah RM189,000

Selepas mendapat tempahan yang begitu tinggi bagi Model Y, Tesla Malaysia nampaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk membawa sebuah lagi kenderaan elektrik mereka iaitu Model 3.

ADVERTISEMENT

Majlis pelancaran Model 3 ini telahpun diadakan di Pavillion Damansara Height dan turut dihadiri Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menariknya, kita juga boleh merasai pemanduan kereta elektrik Tesla, di mana korang hanya perlu tempah slot pandu uji di Experience Centre Pavillion Damansara Height. Kalau rasa sesuai boleh la terus tempoh, gitue….

Apapun, Tesla Model 3 ini hadir dengan dua varian di Malaysia iaitu Model 3 dan Model 3 Long Range.

Tesla Model 3

Bagi varian Model 3, jarak pemanduan adalah sejauh 513km dan mampu memecut 0 hingga 100km/j dalam masa 6.1 saat. Pembeli juga akan mendapat 4 tahun atau 80,000km waranti biasa dan untuk waranti bateri pula adalah selama 8 tahun atau 160,000km. Harga jualan bagi Model 3 adalah bermula RM189,000.

Tesla Model 3 Long Range

Nama pun dah Long Range, jadi untuk varian ini Tesla menggunakan Dual Motor All-Wheel Drive dan kita boleh pandu sejauh 629km dan kadar pecutan 0 hingga 100km/j hanya dalam masa 4.4 saat. Waranti biasa sama seperti Model 3, 4 tahun atau 80,000km dan waranti bateri pula adalah selama 8 tahun atau 192,000km. Harga jualan bermula RM218,000 sahaja. Macam lebih berbaloi upgrade ke Long Range terus kan, hurmm…

Kedua-dua varian ni dah lengkap dengan Basic Autopilot. Untuk penambahan ciri lain, ada kos-kos tambahan juga yang kita perlu bayar. Bagi Enhanced Autopilot, Auto Lane Change dan Autopark korang boleh tambah RM16,000 lagi.

Interior pula datang dengan warna putih tapi kalau nak tukar warga hitam, hanya perlu tambah RM5,000 sahaja. Warna badan kereta pula didatangkan dengan warna Pearl White dan kalau nak tukar warna lain, hanya perlu tambah RM5,000 ke RM11,000. Warna merah paling mengancam!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas