Connect with us

Oh! Media

Dikejarkan Ke Hospital, Jari Kelingking Shahronizam Putus Masa Potong Ayam

Oh! Artis

Dikejarkan Ke Hospital, Jari Kelingking Shahronizam Putus Masa Potong Ayam

Muncul satu berita mengenai pelakon tempatan, Shahronizam yang dikatakan telah dikejar ke hospital kerana jari kelingkingnya putus terkena pisau. Ya Allah, betul ke ni? BACA: Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Jari Anak ‘Terputus’ Masa Main Panjat-Panjat ADVERTISEMENT Jari pelakon itu dilaporkan terputus akibat pisau yang digunakan olehnya untuk memotong ayam tersasar, lalu terkena di bahagian jari. […]

Muncul satu berita mengenai pelakon tempatan, Shahronizam yang dikatakan telah dikejar ke hospital kerana jari kelingkingnya putus terkena pisau. Ya Allah, betul ke ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Jari Anak ‘Terputus’ Masa Main Panjat-Panjat

Jari pelakon itu dilaporkan terputus akibat pisau yang digunakan olehnya untuk memotong ayam tersasar, lalu terkena di bahagian jari.

Terkena jari

Anak tirinya, Daniel Khairi memberitahu kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga baru sahaja selesai berbuka puasa di rumah pada malam Isnin.

Selepas selesai berbuka puasa, abah pergi ke dapur untuk memotong daging ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan kami. Tetapi, ketika proses memotong daging ayam, pisau abah tersasar lalu terkena jari kelingkingnya.

Ekoran jari Shahronizam yang telah terkulai putus, dia telah dikejarkan ke hospital namun proses menyambung jari tidak dapat dilakukan kerana tiada doktor pakar.

Bagaimanapun, malangnya pagi tadi doktor pakar memberitahu jari abah tidak dapat disambung semula memandangkan urat arteri yang menyambung darah telah pun putus.

Daniel juga memberitahu bapanya kini sedang berada dalam wad untuk pemerhatian sehingga lukanya pulih. Semoga cepat sembuh kami ucapkan!

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas