Connect with us

Oh! Media

5 Benda Buatkan Korang TERPAKU Pada Samsung Galaxy S23 Ultra

Oh! Lifestyle

5 Benda Buatkan Korang TERPAKU Pada Samsung Galaxy S23 Ultra

Sebelum ini, Ohmedia pernah share dengan korang telefon baharu keluaran Samsung, siri Galaxy S yang dilancarkan awal Februari lalu. Mesti ada dalam kalangan korang yang dah grab kan? 

ADVERTISEMENT

Salah satu model yang menjadi tumpuan ramai semestinya Galaxy S23 Ultra yang merupakan telefon pintar  serba serbi lengkap dalam pelbagai aspek. Betul-betul next level la! 

Kualiti Kamera Bak “Photographer Profesional”

Samsung Galaxy S23 Ultra

Galaxy S23 Ultra dilengkapi dengan 2 kamera utama pada bahagian belakang, masing-masing mempunyai sensor wide angle yang dapat diubah mengikut kesesuaian pengguna sama ada mahukan 12MP, 50 MP atau seluas 200MP. Menarik kan? 

Penggunaan sistem ISOCELL HP2 pada bahagian kamera utama menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tajam. Ini disebabkan kemampuannya mencantumkan 16 pixel kepada satu. Fuhh, bukan kaleng-kaleng..

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan 2 kamera telephoto 10 MP dengan 3x optikal dan 10x optikal. Pada bahagian hadapan telefon, kamera selfie 12 MP digunakan. Jangan risau buat penggemar selfie, gambar yang dihasilkan masih pada tahap optimum. 

Galaxy S23 Ultra

Membuatkan Galaxy S23 Ultra lebih mengancam adalah pada sistem zum. Ia mampu zum sejauh 100x. Perghh, jauh tu mat!! Lebih mengejutkan, hasil gambar dapat dilihat dengan jelas dan kurangnya gangguan noise

Samsung, Galaxy S23 Ultra, Galaxy

Dari segi pencahayaan, gambar yang ditangkap pada kawasan kurang cahaya berjaya dihasilkan dengan jelas. Ia juga berjaya pada kawasan yang exposure cahaya lebih. Ini membuktikan kamera Galaxy S23 Ultra sudah bersedia pada setiap tempat dan waktu. Segala moment-moment indah korang dapat di capture dengan mudah sekali. 

Samsung, Galaxy S23 Ultra, Galaxy

Tidak lupa juga, sistem portrait mode pada edisi kalini sangat menakjubkan. Gambar yang dihasilkan begitu jelas pada sasaran focusnya. Potongan gambar dengan bahagian background begitu teliti dan detail. Ini membuatkan pengguna yang suka akan gaya potrait jatuh hati pada Galaxy S23 Ultra.  

Bagi korang yang suka vlog mahupun rakam segala benda, Galaxy S23 Ultra pilihan yang terbaik. Ia dilengkapi dengan rakaman video 8K 30p. Kualiti video yang dihasilkan cukup perfect dan sedap mata memandang. 

Ditambah pula, dengan sistem OIS berganda yang turut hadir pada peranti. Membuatkan penghasilan video yang lancar dan kemas. Bila guna telefon ni, boleh rasa jadi Michael Bay!!

Performance Yang Mengagumkan Dari Galaxy S23 Ultra

Telefon jenis flagship ini menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 sebagai sistem processor utama. Dilabel sebagai world fastest snapdragon ini tidak akan mengecewakan korang. Ni betul-betul laju ni.. 

Prestasi yang ditunjukkan Gen 2 for Galaxy sangat baik dari kelancaran sistem telefon, kualiti serta resolusi grafik yang tinggi. Memang padu baq hang!!

Dengan penggunaan sistem terbaru ni telah meletakkan satu penanda aras baru buat Samsung dalam menghasilkan telefon pintar yang terbaik. 

Galaxy Tawar Pilihan Warna Yang Menarik, Design Premium

Samsung, Galaxy S23 Ultra, Galaxy

Galaxy S23 Ultra hadir dengan 4 pilihan warna menarik Green, Phantom Black, Lavender dan Cream. Namun sekiranya korang membeli secara online, korang boleh dapatkan warna yang lebih exclusive seperti Lime, Sky Blue, Graphite dan Red. Memang rambang mata ah!!

Kali pertama melihat Samsung Galaxy S23 Ultra, confirm korang jatuh hati la. Dengan design yang berbentuk kotak bersisi rata, ia membuatkan korang rasa selesa memegangnya. Dari jauh memang nampak premium dan ala-ala businessman. Hehehehe..

Samsung Galaxy S27 Ultra juga merupakan eco-friendly smartphone. Ia disebabkan penggunaan bahan kitar semula diguna pakai bagi membentuk telefon pintar ini. Save the earth gitu. 

Jangan risau tau, walaupun ia bahan kitar semula tapi reka bentuknya sangat kukuh.

Samsung, Galaxy S23 Ultra, Galaxy

Selain itu, S Pen juga turut hadir dalam Galaxy S23 Ultra. Seperti mana kita tahu, kebiasaanya S Pen hanya muncul pada varian note series dan juga pada Galaxy S22 Ultra yang dilancarkan pada tahun lepas. 

Kebiasaannya, S Pen hanya berfungsi bagi menulis nota di apps Samsung Notes. Namun, istimewanya S Pen kalini diupgrade menjadi remote control. Ia berfungsi sebagai shutter semasa bergambar dan juga sebagai remote bagi menukar slides. Nampak exclusive kan?  

Tambahan pula, S Pen turut dilengkapi dengan feature air gesture. Ia boleh digunakan semasa berselfie, dengan cara menunjukkan tangan korang sebagai shutter. Perghh senang je, just angkat tangan dah setel.  

Paparan Visual Berkualiti Tinggi

Skrin pada Galaxy S23 Ultra menggunakan screen dynamic AMOLED 2x bersaiz 6.8 inci dengan resolusi visual QHD. Namun, ia juga mampu mencapai resolusi HD10+. 

Kesannya, paparan visual pada skrin sangat jelas dan warna yang dihasilkan memang awesome. Memang ngam bila main game!! 

Dengan kelajuan 120 Hz pada skrin membuatkan pergerakan pada telefon flagship ini so smooth like butter

Bateri Tahan Lebih Lama

Selain itu, kadar kapasiti bateri sebanyak 5000 mAh yang cukup besar membantu korang menggunakan peranti dengan cukup optimum sepanjang hari. Ni kira powerbank tak perlu bawa lagi laa… 

Dengan kadar pengecasan 45w turut membantu dalam penggunaan seharian.

Bagi korang yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy S27 Ultra ini. Korang boleh dapatkan dalam 3 jenis storage: 

  • Galaxy S23 Ultra 12GB + 256GB – RM5699
  • Galaxy S23 Ultra 12GB + 516GB – RM6199
  • Galaxy S23 Ultra 12GB + 1TB – RM7199

Korang boleh membeli secara online di laman web Samsung atau membuat pembelian di official store Samsung yang berdekatan. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Samsung, korang boleh layari laman web Samsung, Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter

Korang tunggu apa lagi? Pergi grab sekarang! Barulah smartphone korang jadi yang paling popular raya nanti.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas