Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Mengandung”, Ummi Nazeera Nafi Hamil Anak Ke-3

ummi nazeera

Oh! Artis

“Saya Tak Mengandung”, Ummi Nazeera Nafi Hamil Anak Ke-3

Pelakon Ummi Nazeera tampil menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan dia sedang hamil anak ketiga.

ADVERTISEMENT

Ummi Nazeera yang berumur 33 tahun berkata, dia belum bersedia untuk menambah cahaya mata kerana merasakan ia memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang sangat besar sebagai wanita hamil.

Saya tak mengandung. Saya belum bersedia (untuk anak ketiga).

Pengalaman mengandungkan anak pertama agak teruk. Tapi, semuanya berbaloi, alhamdulillah.

Nak membesarkan anak itu, bagi saya tak mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, saya belum lagi bersedia.

Kalau boleh, saya nak bagi kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang. Saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak beri masa dan cinta buat anak-anak dan semestinya, suami.

Tambahan, Ummi ditanya berkenaan perkara ini oleh kerana perubahan fizikal yang kian berisi sejak akhir-akhir ini.

ummi nazeera

Malah, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkata suaminya iaitu Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani sudah pun bersedia untuk mempunyai cahaya mata ketiga.

Izzar nak (anak) tapi dia cakap hanya bila saya dah bersedia.

Kami buat ‘family planning’. Saya mengaku ambil pil pencegahan kehamilan. Anak pertama saya tak ambil, anak kedua saya ambil terus. Berkesan untuk lima tahun tapi ada kemungkinan untuk hamil juga sebenarnya tapi peratusan sangat rendah.

Dalam pada itu, Ummi berkongsi tentang perkara ini ketika ditemui pada majlis pertunangan penerbit A. Aida di Janda Baik.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas