Connect with us

Oh! Media

Kenapa Silibus Sekolah Tak Boleh Ditukar Segera? Ini Respon Radzi Jidin 

Trending

Kenapa Silibus Sekolah Tak Boleh Ditukar Segera? Ini Respon Radzi Jidin 

Beberapa hari yang lalu, kecoh dengan satu isu melibatkan seorang guru yang dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana memberikan kritikan dan pandangan terhadap silibus pelajaran di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Minta Mereka Bersara Awal” – Perjuangan Belum Selesai, Cikgu Fadli Gesa Singkir ‘Tangan Ghaib’ Dalam KPM

Perkara ini mendapat perhatian ramai pihak kerana tindakan guru tersebut yang hanya mahu melihat penambahbaikan dalam sistem pelajaran anak-anak Malaysia menyebabkan dia diambil tindakan sebegitu rupa.

Namun begitu, sekitar hari Selasa lepas, cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli itu akhirnya didapati tidak bersalah oleh Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Radzi Jidin jelaskan kenapa silibus tak boleh ditukar segera

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin yang mengambil maklum mengenai isu ini menjelaskan bahawa terdapat dua faktor yang menyebabkan silibus pelajaran di sekolah tidak boleh ditukar dalam kadar segera.

Saya nak jelaskan bahawa pembangunan silibus ini mengambil masa, perjalanannya itu ada pusingan dan silibus yang kita lihat hari ini telah mula digunakan pada 2017.

Itulah kali pertama ia digunakan sehinggalah hari ini, mereka yang Darjah Satu pada 2017 itu sudah Darjah Enam pada tahun ini, dan mereka yang Darjah Satu pada 2018 sekarang sudah Darjah Lima.

Radzi ketika ditemubual Awani juga memaklumkan bahawa sebarang silibus tidak boleh diubah di pertengahan jalan kerana ia akan mengganggu seluruh aturan sistem itu.

Maka kita perlukan penelitian yang mendalam, kita sedar daripada maklum balas daripada ibu bapa yang menceritakan bahawa silibus hari ini dilihat agak sukar berbanding dengan yang dahulu dan kita ambil kira.

Kerana dalam konteks ini, satu kohort (Tahun Satu 2017) sudah tamat kitarannya dan inilah ruang terbaik untuk kita lihat kembali silibus tersebut.

Harap semua jelas dengan penjelasan dibuat Menteri Kanan Pendidikan kita ni. Nak kan perubahan tu bukannya tak boleh, tapi perlukan sedikit masa untuk dilaksanakan.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas