Connect with us

Oh! Media

Viral Tikus Dalam Wad, HTJ Siasat Dan Ambil Tindakan Segera

Trending

Viral Tikus Dalam Wad, HTJ Siasat Dan Ambil Tindakan Segera

Baru-baru ini viral rakaman video memaparkan seekor tikus berkeliaran di dalam wad kanak-kanak sebuah hospital kerajaan.

ADVERTISEMENT

Rakaman yang dimuat naik seorang pengguna media sosial itu difahamkan berlaku di wad 3B, Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Video viral

@dayanaradzuan

Dah complain dekat nurse pun tak layan ya kah kah

♬ original sound – Noor Kartini

Bertindak di atas aduan itu, HTJ dalam satu kenyataan media berkata satu siasatan telah dijalankan dengan serta merta. Pihaknya juga mengambil beberapa langkah penambahbaikan seperti menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah.

Selain itu, pihak hospital menitikberatkan penjagaan kebersihatan di sekitar hospital terutamanya wad.

Pihak konsensasi penyelenggaraan hospital juga telah diarahkan untuk mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan kuantiti pemasangan perangkap telah dipertingkatkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan, Unit Entomologi dan Pest juga dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal.

Kenyataan media

Kredit: Facebook Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas